Mustafa Kamil Ayub juga sudah berkira-kira hendak menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR biarpun sehingga kini masih lagi bermain tarik tali seolah-olah sedang menunggu 'sesuatu yang besar' untuk rundingan.Penarikan dan perletakan jawatan Zaid Ibrahim telah menyebabkan kredibiliti barisan kepimpinan PKR runtuh sama sekali. Belang, kohong, nanah, kudis dan kayap Anwar Ibrahim serta kecenderungannya untuk mengoperasikan PKR mengikut hawa nafsunya, bukan sahaja diketawakan oleh musuh politik sebaliknya turut dikecam oleh para penyokong sendiri.
Kini kebanyakan mata tertumpu kepada Mustafa Kamil Ayub yang sebenarnya tidak mempunyai peluang langsung untuk memenangi jawatan itu sekalipun ianya dilakukan secara adil dan kertas-kertas undi 'tidak dijual secara berleluasa'.
Usaha menutup kohong oleh sebilangan pemimpin PKR terutama oleh Anwar Ibrahim, sudah tidak berjaya lagi. Pusinglah cakap ikut mana sekalipun, yang sohehnya, semua orang tahu, ini adalah permainan Anwar untuk memastikan kemenangan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR. Dengan kata lain, segala janji dan ikrar untuk mewujudkan sebuah keadaan telus, demokrasi dan mengikut suara ramai di negara ini, tidak ubah hanyalah sebuah retorik atau skrip drama semata-mata. Hakikatnya, Anwar Ibrahim tidak pernah berkeinginan dan bercita-cita untuk berbuat begitu kerana dia lebih memikirkan tentang dirinya sendiri.
Manakala Azmin Ali yang dipertanggungjawab dengan KEKOHONGAN yang berlaku dalam PKR kini, memilih jalan untuk mempromosikan dirinya di samping menampilkan dirinya yang naif. Katanya, dia tidak berada dalam keadaan yang membolehkan dia membuat keputusan. Namun semua orang tahu, betapa powernya Azmin Ali, terutama menerusi HUBUNGAN KASIHNYA dengan Anwar Ibrahim, terutama selepas SKANDAL UNDI TELEFON yang didedahkan selepas pendedahan Haris Ibrahim tentang 'kertas undi yang dijual'.
Penarikan diri Mustafa Kamil Ayub akan mewujudkan kesan domino dan keranapan PKR dijangka lebih cepat berlaku. Difahamkan Mustafa Kamil Ayub akan menghantar memorandum kepada Presiden 'Tak Berkuasa' PKR, Wan Azizah Wan Ismail. Dan selepas penghantaran memorandum tersebut, dia akan membuat sidang media.
Setakat ini, hanya Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub sahaja yang BEGITU KISAH dengan penyelewengan undian, manakala calon-calon Naib Presiden yang bertanding, masih lagi menutup mulut, meskipun Nurul Izzah Anwar pernah cuba membangkitkan isu ini tetapi kemudian menutup mulutnya secara tiba-tiba.
Seluruh 'PEMINAT' Anwar Ibrahim dan PKR sedang menanti perkembangan selanjutnya....


0 comments:
Post a Comment