Saturday, November 6, 2010

DEPA DAH START BERGASAK!!!... TENGOK AJER... JANGAN CAMPUR...

Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Abdul Rahman Yusof telah mencetuskan polemik baru menerusi laman sosial Facebook sehari selepas pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi.

Polemik yang dimaksudkan adalah, PAS dan DAP, dua buah parti sekutu PKR tidak memberikan bantuan setimpal bagi memastikan kemenangan calon PKR, Ansari Abdullah di Batu Sapi. (Malaysian Insider)

Abdul Rahman turut mengungkit, bantuan yang diberikan oleh PAS dan DAP di Batu Sapi perlu dibayar oleh PKR walhal bantuan yang diberikan oleh PKR kepada PAS di Kuala Terengganu, Bagan Pinang dan Bukit Gantang serta DAP di Sibu tidak pula dibayar oleh kedua-dua parti berkenaan sebaliknya menggunakan duit kocek sendiri.

Dengan kata lain, pusing pi balik, PKR juga yang kena keluar duit. Itu yang dimaksudkan oleh SETPOL Anwar Ibrahim ini.

Kekalahan PKR dan PAS di Batu Sapi dan Galas, menimbulkan kegemparan di dalam Pakatan Rakyat. Ketiga-tiga parti mula menuding salah sesama sendiri. Meskipun secara tidak rasmi, sebaliknya masing-masing mula merungut tentang bantuan yang tidak bersungguh-sungguh dari kalangan parti sekutu.

Meskipun Anwar Ibrahim sendiri turun berkempen di Galas, begitu juga dengan anak perempuannya, namun kempen berkenaan dilihat sekadar melepaskan batok di kaki tangga. Begitu juga dengan pasukan-pasukan berkempen DAP. DAP sebaliknya lebih bersungguh-sungguh di Batu Sapi berbanding di Galas.

Bagaimanapun, usaha yang ditunjukkan oleh PKR dan DAP tidak bersamaan dengan usaha yang dilakukan oleh PAS di mana-mana sahaja pilihanraya kecil melibatkan PKR dan DAP. Sekalipun Abdul Rahman cuba mengungkit duit yang telah dikeluarkan untuk membayar khidmat bantuan PAS, hakikatnya sepanjang PKR terbabit dalam pilihanraya kecil dan umum pada 2008, PAS telah melakukan korban yang sangat besar.

PAS bukan sahaja berkorban wang ringgit dan jentera penerangan sebaliknya turut mengarahkan anggota-anggotanya terutama dari UNIT AMAL, agar beramal untuk satu tujuan yang tidak pasti dengan berselindung di sebalik perkataan JIHAD apabila ada pilihanraya membabitkan PKR. Begitu juga apabila berlaku pilihanraya kecil di Sibu, para pemimpin PAS tidak segan silu menggadaikan maruah dan 'aset' Islam semata-mata untuk memenangi hati kaum bukan Islam sekaligus memenangkan Wong Ho Leng.

Ekspresi Abdul Rahman sebenarnya mencerminkan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak di dalam PKR. Mungkin juga sebagai respons kepada PERASAAN BENCI dan MELUAT sebahagian besar orang PAS terhadap PKR yang kelihatan sangat mengada-ngada, berlagak pandai, berlagak banyak duit, dan berlagak sebagai tuan dalam Pakatan Rakyat sekalipun hakikatnya PKR menggunakan dan memperkudakan PAS dalam apa juga keadaan.

1 comments:

Anonymous said...

Dah dapat macam2 petunjuk, PAS masih engkar..kembalilah pada AQ dan sunnah..pastinya berjaya dunia dan akhirat.
Dunia disegani, akhirat dimuliakan..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template