Friday, November 12, 2010

DIA NAK BERDEBAT DENGAN ZAID PULAK!!!!


Ketua AMK yang sedang berusaha mempertahankan jawatannya selepas menarik diri daripada pertandingan Naib Presiden, Shamsul Iskandar Akin mencabar Zaid Ibrahim untuk berdebat ekoran Anwar Ibrahim, Sang Dewata Raya dibelasah oleh Zaid Ibrahim yang sedang 'kemabukan'.

Ternyata biarpun mendokong fahaman yang dinamakan REFORMASI, Shamsul Iskandar Akin masih lagi menggunakan taktik UMNO untuk kekal menjawat jawatan Ketua AMK. Zaid Ibrahim digunakan sebagai umpan untuk menunjukkan kehebatannya selaku penyandang jawatan Ketua AMK.

Biarpun ramai yang akan melihat tindakan Shamsul Iskandar Akin itu sebagai cubaan untuk mengambil hati Wan Azizah dan Anwar Ibrahim, tindakannya itu juga mempunyai motif politik murahan. Soal siapa menang atau siapa kalah dalam perdebatan tersebut tidak akan menjadi persoalan besar. Malah, alasan untuk perdebatan itu juga hanyalah alasan kerana tujuan sebenar adalah untuk menaikkan namanya.

Shamsul Iskandar Akin 'kalah' dalam perdebatannya dengan Chegu Bard yang ingin merampas jawatannya. Sekalipun dia sedang mendahului dalam pemilihan kini, namun kemenangannya itu sangat tipis dan akan berubah secara drastik sekiranya dia tidak mengambil tindakan sewajarnya.

Satu-satunya shortcut yang tersedia adalah berdebat dengan Zaid Ibrahim yang dilihat sebagai penderhaka PKR kerana terlalu berani mengarahkan Anwar dan Azmin Ali, dua figur yang sangat berkuasa di dalam PKR untuk berundur. Biarpun menyedari Zaid Ibrahim adalah seorang ahli politik yang sangat licik dan lebih heavyweight berbandingnya, Shamsul Iskandar tidak akan melepaskan peluang promosi percuma.

Tiada sebarang kebaikan daripada Zaid sama ada ketika dia berada di dalam UMNO mahupun di dalam PKR. Namun tindak-tanduknya sedikit sebanyak menambahkan warna politik tanahair. Pusing pi balik kut mana pun, Zaid tetap mabuk... mabuk dengan kuasa! Begitu juga dengan Shamsul Iskandar Mohd Akin yang tidak akan melepaskan peluang untuk menjilat jubor Anwar Ibrahim sehingga kering dan habislah secara cirit-biritnya yang kohong....

3 comments:

Sampul Kecil on November 12, 2010 10:44 AM said...

Ape kena dengan budak pendek ni? tak payah la nak berdebat.. Cakap je lebih..

http://mindanelayan.blogspot.com/

Megat Alam Gempita on November 12, 2010 10:53 AM said...

Ahli2 PKR adalah sisa sampah sarap dan bahan kumbahan buangan parti UMNO dan BN, pada mereka terpalit segala sisi gelap UMNO/BN sebelum ini.
Teman tengah tunggu isyarat maha dahsyat dalam PKR yg akan meletup tak lama lagi. Kes PKR huru-hara sekarang ni cuma ejakulasi klimaks yang pertama...jeng jeng jeng!

Anonymous said...

cutenya..hati2 nanti abang berkenan susah hati nanti..mokhtar!!

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template