Thursday, November 4, 2010

DISIPLIN CARA MALAYSIA... LEBIH KAPITALIS DARIPADA BAPA SEGALA KAPITALIS!!!

100 orang pemandu teksi mogok dan buat demonstrasi aman di hadapan KLCC kerana membantah yuran RM50 sebulan yang dikenakan kepada mereka dan RM2 kepada setiap penumpang yang turun ke KLCC.

Alasan yang diberikan oleh syarikat yang diberikan konsesi itu, Awana Sutera Sdn. Bhd berkata, sistem itu dibuat untuk menjaga kepentingan semua pihak terutama sekali penumpang.

Tidak dinafikan, teksi di Kuala Lumpur baik sedikit khidmatnya daripada di Delhi, Bombay mahupun Indonesia tetapi kalau diambil kira daripada CEKIK LEHER, ada kemungkinan pemandu-pemandu teksi di Kuala Lumpur (jangan kira di Pulau Pinang dan Johor), mereka merupakan antara CHUPACHABRA yang paling kejam dan paling tidak berhati perut.

Namun sesuatu yang lebih menarik apabila ada juga pihak yang ingin menyertai pemandu teksi mencekik darah daripada para penumpang. Jadah apa penumpang dikenakan bayaran tambahan RM2 bagi teksi yang menggunakan pelekat RM50 sebulan di KLCC? Adakah Awana Sutera memikirkan dengan cara demikian, pemandu teksi tidak rasa tertekan kerana terpaksa membayar RM50 sebulan kepada mereka kerana bayaran tersebut sebenarnya dibiayai oleh penumpang? Apa, bodoh sangatkah keseluruhan warga kota dengan perkiraan sebegitu?

Dalam banyak keadaan, Malaysia mengamalkan sistem yang paling kelakar di dunia. Sistem cukai 5% perkhidmatan, dibayar oleh pelanggan sekalipun pada masa yang sama, ia juga dikenakan di dalam harga perkhidmatan. Atau dengan kata lain, rakyat perlu membayar sekali ganda. Satu kepada kerajaan, satu bahagian lagi kepada penyedia khidmat.

Contoh terbaik ialah makanan di restoran-restoran makanan segera. Dewasa ini, terdapat juga sebilangan kedai mamak, bistro mamak yang bersepah-sepah di Kuala Lumpur yang turut mengenakan 5% cukai perkhidmatan.

Mungkin bagi kebanyakan orang yang berfikiran singkat akan membuat rumusan mudah, kalau tak mahu bayar, jangan makan di restoran-restoran berkenaan. Hakikatnya, fenomena tersebut tidak sahaja berlaku di restoran-restoran makanan segera, sebaliknya turut meliputi pelbagai perkara lain terutama barangan rutin dan ruji.

Teksi di Kuala Lumpur dan KLCC adalah contoh terbaik. Keperluan terhadap teksi begitu ketara, terutama bagi mereka yang tidak 'berani' memandu kereta ke tengah-tengah bandaraya selain renyah dan remeh-temeh memandu kenderaan persendirian.

Bilangan kenderaan persendirian di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur seharusnya telah lama dikawal dan dihadkan menerusi penggunaan kenderaan awam. Namun dengan inisiatif syarikat-syarikat konsesi seperti Awana Sutera, tidak mungkin akan menggalakkan penduduk Kuala Lumpur teringin hendak menggunakan kenderaan awam. Lebih baik mereka memandu kereta mereka dan menyesakkan jalan raya di samping meningkatkan keuntungan syarikat-syarikat yang diberikan konsesi parkir di serata Kuala Lumpur.

Atau mungkinkah Awana Sutera sebenarnya bertindak bagi pihak konsesi parkir di KLCC?

1 comments:

Anonymous said...

gila nak buat duit..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template