Wednesday, November 10, 2010

GERAKAN MEMBODOHKAN PELAJAR MELAYU-BUMIPUTERA, BERJAYA....

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah pun memberi jaminan bahawa AUKU tidak akan dihapuskan, sebaliknya akan dipinda bagi memberikan sedikit kelonggaran kepada para pelajar universiti untuk terlibat dalam politik.

Sudah tentulah pengumuman tersebut tidak akan menyenangkan hati sebahagian besar pemimpin politik yang mengharapkan tenaga para pelajar universiti untuk mengukuhkan pergerakan mereka. Biarpun pindaan yang bakal dilakukan, membolehkan para pelajar universiti mengikuti perkembangan politik tanah air, namun kekangan terhadap mereka daripada bergiat secara aktif dalam arus perdana politik negara, masih wujud.

Agak menarik apabila majoriti golongan yang menentang AUKU ini merupakan pelajar-pelajar Melayu. Biarpun tidak semua pelajar Melayu-Bumiputera yang berminat dengan politik, namun pelajar-pelajar yang mengambil jurusan 'mudah lulus' biasanya mempunyai terlalu banyak masa lapang untuk berpolitik.

Tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana begitu 'prihatin' kepada golongan pelajar ini. Diharapkan suatu hari nanti, semakin ramailah ahli-ahli politik berbangsa Melayu yang berasal daripada pelajar-pelajar keciciran kerana terlalu sibuk dengan berpolitik....

3 comments:

Anonymous said...

Kerajaan hari ni nak puaskan hati rakyat atau para pembangkang?

Kerajaan nampaknya gitu takut ngan kritikan pembangkang pada hal mereka dah diberi kuasa keatas pembangkang tu sendiri..ketakutan pada kritikan ni leh menjahanamkan rakyat pada masa2 akan datang.

Pembangkang pernah menuntut kerajaan agar BERTEGAS!!!

Megat Alam Gempita on November 10, 2010 12:26 PM said...

hehehe

Tercicir belajar kerana berpolitik di universiti tak pe, janji jambu, pandai buat kopi, karipap putar, tahu kegunaan KY Jelly insya Allah bang Nuar sedia ambil bekerja. Elaun permulaan RM1000++ tak masuk elaun urut,elaun luar negeri...
Yang tak jambu jadi Unit Amal PAS gaji tak der tapi janji boleh masuk sorga.

bekas pelajar said...

assigment tak buat...sebok berpolitik
24 jam berpolitik...
orang lain study pon dia berpolitik...
akhirnya plajaran ntah kemana...kena buang U sebab cgpa bawah paras minimum...ape kau dapat?..hutang ptptn je la...
pegi la mintak pak2 lebai ko tuh bayarkan hutang ptptn ko...

maaf tuan rumah..ayat ni ditujukan buat bekas kawan sekuliah ak..
kisah benar...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template