Thursday, November 11, 2010

GUAN ENG YANG PERTAMA... SAH! MEMANG DIA NI KUAT BERBOHONG!!!!

Belum pernah berlaku dalam sejarah Tanah Melayu dari tahun 1957 sehingga kini, kecuali di Pulau Pinang apabila 10 buah rumah yang dirobohkan bakal menerima pampasan mengikut nilai semasa RM160 juta atau dengan kata lain, sebuah rumah menerima RM16 juta.

Itu yang diberitahu oleh Guan Eng di dalam MALAYSIAKINI. Masakan Malaysiakini yang menjadi rujukan para pemimpin Pakatan Rakyat berbohong, menipu dan memutarbelitkan fakta. Lainlah kalau Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro, TV3, RTM, Astro Awani dan NTV7 yang dilabelkan oleh Menteri Besar Kedah sebagai media putar belit.

Guan Eng 'bercakap besar' apabila menafikan tuduhan UMNO bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang merampas dan merobohkan rumah orang Melayu di Kampung Pondok Upeh bagi memberi laluan kepada pembinaan hub pendidikan yang disifatkannya sebagai bakal menghasilkan tenaga-tenaga pakar dalam negeri untuk bekerja di luar negara.

Menurut Guan Eng, hanya sebuah daripada 10 buah rumah yang bakal dirobohkan itu merupakan milik Melayu. Bakinya iaitu 9 buah lagi adalah rumah bukan Melayu yang sudah mendiami tempat tersebut semenjak lama dahulu.

RM16 juta sebagai pampasan untuk sebuah rumah!!!!!

Memang pecah sejarah lah... begitu juga dengan keputusannya untuk tidak tinggal di rumah rasmi yang dihabiskan beratus juta untuk kos pembaikan dan pengubahsuaian sebaliknya memilih untuk tinggal di banglo sewaannya kerana beralasan UNTUK JIMAT DUIT RAKYAT, walhal sewa banglo mewahnya juga ditanggung oleh rakyat Pulau Pinang.

Ni apa punya cabang dia punya lidah?

1 comments:

Anonymous said...

Patutlah ia dicintai oleh rakyat Pulau Pinang..takbirr!!

Pempin yg gitu pemurah..mana nak dapat!!

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template