Pakatan Rakyat khususnya di Selangor sering mendabik dada bahawa kejayaan mereka mentadbir, telah membawa perubahan besar di negeri tersebut. Antara yang paling nyata adalah RASUAH.
Itu kata merekalah. Hakikatnya, sekalipun mereka terus mendabik dada dan berceramah sambil mempromosikan kehebatan diri, mereka tidak lebih daripada anjing lapar yang suka memamah bangkai berulat.
Sudah terbukti, baru sahaja dua tahun memegang kuasa, mereka sudah kecanduan dengan rasuah serta penyelewengan. Dan mereka bukan sahaja terdiri daripada pemimpin utama negeri, sebaliknya jauh merayap dan berakar umbi kepada pemimpin-pemimpin kecil seperti Ahli Majlis Perbandaran Klang, Hamidah Mat Som.
Anehnya, berita yang memalukan itu cuba diputarbelit oleh beberapa buah blog Pakatan Rakyat yang beranggapan, wanita berkenaan tentu tidak akan diambil tindakan sekiranya Selangor diperintah oleh UMNO.....
Anda baca sendirilah keratan berita ini....
Sumber: KERAJAAN RAKYAT
DUN SELANGOR SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor hari ini mengesahkan pemecatan ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Hamidah Mat Som yang terlibat dengan kontroversi surat sokongan yang menyelubungi negeri ini sejak beberapa bulan lalu.
Langkah ini diambil berikutan pemecatan terhadap seorang lagi ahli MPK, Tee Boon Hock yang melakukan kesalahan yang serupa Ogos lalu.
Menjawab pertanyaan Yap Ee Wah (BN-Sg Pelek), ahli exco negeri untuk kerajaan tempatan Ronnie Liu memberitahu Dewan Undangan Negeri bahawa keputusan itu dibuat ketika mesyuarat exco kerajaan negeri ke 30, yang tarikhnya tidak pula diketahui.
"Mesyuarat itu mengesahkan bahawa beliau (Hamidah) dipecat dan diputuskan sepucuk surat pemecatan akan dihantar oleh pejabat menteri besar," kata Liu.
Hamidah mendapat tumpuan apabila Ketua Bahagian MCA Kapar Song Kee Chai membuat laporan polis pada 11 Ogos lalu, di mana beliau mendakwa beliau (Hamidah) mengeluarkan surat-surat sokongan bagi membantu syarikat milik suaminya mendapat beberapa kontrak dari MPK.
Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini pernah berkata bahawa laporan audit akan dijalankan terhadap MPK bagi menyiasat dakwaan-dakwaan itu.
Sementara itu, Tee dipecat selepas beliau didapati mengeluarkan surat-surat sokongan kepada sebuah syarikat di mana anaknya mempunyai kepentingan.


1 comments:
tu citer2 yg terlepas dan tak berapa pandai..macam mana yg tersimpan rapi dan licik.
Tapi tu ler..jika dipecat SPRM tak sempat ler nak probe. Kalau SPRM probe, ada lagi le yg di"jumpai" mati bawah bangunan..rahsia mau simpan ma.
Post a Comment