Sokongan berdasarkan demokrasi - Azmin
KUALA LUMPUR 9 Nov. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mendakwa sokongan padu yang diterimanya dalam perebutan jawatan timbalan presiden adalah berasaskan kepada proses demokrasi dalam pemilihan parti itu.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak termasuk para pencabarnya menghormati sokongan yang diterimanya daripada cabang parti di seluruh negara termasuk Sabah.
"Apa yang pasti sebahagian besar ahli-ahli PKR telah memberi satu mesej jelas iaitu mereka mahu saya meneruskan kesinambungan kepimpinan dalam parti sebagai timbalan presiden.
"Oleh itu, saya amat berharap sokongan yang saya terima ini dihormati oleh semua pihak kerana ia telah melalui satu proses demokrasi di dalam parti," katanya di lobi Parlimen di sini hari ini.
Azmin mengulas kenyataan Datuk Zaid Ibrahim hari ini yang mahu beliau dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada PKR kerana mereka dikatakan punca kepada segala masalah dalam parti.
Azmin berkata, sebagai pendukung sistem demokrasi, Zaid sepatutnya membiarkan sistem itu berjalan tanpa banyak gangguan.
"Saya bersedia menghadapi sesiapa sahaja dan bagi saya dalam isu pemilihan ini saya perlu meneruskan kempen dengan menemui ahli akar umbi bagi mendapatkan sokongan," katanya.
-utusan.

______
Ni semua adalah proses DEMOKRASI!!! So hentikanlah semua fitnah2 dan prasangka2 buruk anda semua!!
ehem..ehem..trsedak ler pulak.
-aa

2 comments:
Jika BA menerima keputusan Pilihanraya satu masa dulu,maka tidak le ada demo sana dan sini.
asal untung pihak awk, demokrasi. kalau x, demontrasi la jwbnya! bukan org x tahu puak2 pkr nih... :-(
Post a Comment