Saturday, November 13, 2010

HOI SAMMY VELLU... RAMBUT PALSU KAU DAH TERCABUT LAAA!!!

Bijak Sammy Vellu mengambil kesempatan dalam usaha memperlihatkan kehebatannya memperjuangkan nasib umat Hindu di negara ini. Biarpun ramai yang berpendapat Sammy Vellu sebenarnya sudah berada di penghujung kerjaya selaku ahli politik, setidak-tidaknya dia boleh meletakkan asas yang kukuh untuk anak lelakinya yang sedikit terencat akal itu untuk berkuasa di dalam MIC.

Sammy Vellu mempersoalkan kewajaran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang melarang pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam di dalam kawasan perumahan. Menurutnya tindakan tersebut adalah bercanggah daripada apa yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat, khususnya isu-isu membabitkan kuil telah digunakan secara bebas dan meluas untuk Pakatan Rakyat naik berkuasa di Selangor. (MALAYSIAN INSIDER)

Dan kesempatan tersebut cuba digunakan oleh Sammy Vellu untuk menunjukkan Pakatan Rakyat Selangor telah memungkiri janji mereka. Sehubungan dengan itu juga, Sammy Vellu mendesak agar keputusan berkenaan ditarik balik dan penjelasan diberikan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Mungkin memikirkan pertembungan antara UMNO dan PKR akan memudahkan MIC membuat tuntutan, maka Sammy Vellu cuba masuk jarum. Mungkin juga dia mengharapkan, UMNO dan para pemimpin Melayu yang takut kehilangan sokongan masyarakat India pada pilihanraya akan datang, akan mengutuk, menghentam dan menyerang Khalid Ibrahim.

Kewujudan terlalu banyak kuil Hindu di Selangor, sehingga membabitkan tanah rezab dan pencerobohan tanah persendirian sebenarnya telah menjadi barah yang sudah kohong dan bernanah. Hanya kerana berasakan mereka penting dalam undi pilihanraya, kaum India khususnya golongan yang mencari keuntungan mudah sebagai sami dan pengurus kuil, memacakkan kuil mereka di mana-mana.

Sewajarnya tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor perlu dipuji. Keperluan terhadap rumah ibadat terutama di kalangan penganut agama Hindu telah menjadi sesuatu yang menguntungkan. Kuil-kuil Hindu sama ada daripada pondok kecil di perdu pokok besar yang berlilit kain merah atau kuning, mahupun pondok kecil yang ada patung dewa, mahupun kuil besar telah menjadi punca utama kesenangan buat pihak-pihak tertentu. Malah ada yang sengaja mendirikan kuil secara haram di tanah persendirian dengan harapan tolak ansur dan kompromi akan membolehkan mereka mendapat tapak halal selain pampasan berbentuk wang tunai yang lumayan.

Khalid Ibrahim dan barisan Exconya sudah pasti mengambil kira sokongan kaum Hindu dengan membuat perancangan bagi menempatkan rumah-rumah ibadat mereka secara terancang dan teratur. Apa yang cuba dibangkitkan oleh Sammy Vellu sebenarnya sangat remeh dan temeh.

Belum pernah dalam sejarah Malaysia moden, orang Melayu mengenepikan kaum lain terutama keperluan wujudnya rumah ibadat mereka. Malah PAS Kelantan yang dilihat sangat ekstrim itu pun, memberikan lebih banyak peruntukan dan perhatian untuk rumah-rumah ibadat selain masjid. Sebabnya ialah Islam itu sendiri.

Walau apa pun alasan tuntutan Sammy Vellu dan kaum Hindu yang lain, sewajarnya mereka juga merenung sejenak Perlembagaan Persekutuan yang 'tidak begitu memihak' kepada mereka. Sama seperti sekolah-sekolah vernakular yang tidak menuntut dana serta bantuan daripada kerajaan, begitu jugalah rumah-rumah ibadat untuk penganut-penganut agama lain selain Islam.

Agak aneh, berbanding Hindu, Buddha, Zen, Taoisme, Kristian (semua mazhab), malah Bahai dan Jain tidak pernah merungut atau berhadapan masalah dengan peraturan ini. Yang banyak sangat songeh dan songel adalah KUIL-KUIL HINDU dengan para pemimpinnya berlagak yang mereka adalah Cleopatra yang menjadi rebutan Mark Anthony dan Julius Caesar.

Sammy Vellu tidak perlulah mempersoalkan tentang Khalid Ibrahim dan Melayu-Melayu di dalam Pakatan Rakyat bagi NASIB SIAL masyarakat India. Sewajarnya Sammy Vellu menerangkan mengapa peruntukan kerajaan untuk masyarakat India yang disalurkan menerusi MIC yang nilainya ratusan juta ringgit setiap tahun, masih tidak mampu membangunkan masyarakat tersebut sehingga menyebabkan generasi mudanya terjebak dalam jenayah petty seperti merompak pemandu teksi dan menyamun seven eleven.

1 comments:

Anonymous said...

Dasar gergaji dua mata...sorong makan tarik pun makan....

Ramai sangatkah orang india di Malaysia ni hingga memerlukan banyak kuil? yang peliknya dikawasan yang tak ada penduduk berbangsa india ada kuil yg didirikan dan hanya sesekali sahaja orang dari luar mengunjungi untuk upacara agama.

Pantang jumpa pokok besar dan tanah busut disitulah mereka dirikan kuil kecil.

Mungkin tok sami no value ini sedang main wayang dan coba nak demand undi puak india....

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template