Sekalipun banjir dilihat sebagai musibah dan peringatan yang diberikan oleh Allah Taala kepada manusia apabila manusia menggamit-gamit malapetaka dengan merosakkan keseimbangan alam, namun pada masa yang sama, banjir besar ini juga sebenarnya menjadi hikmat dan nikmat kepada sebahagian orang.
Pentadbiran negeri Kedah yang dipimpin oleh Azizan Abdul Razak dikecam hebat, bukan sahaja oleh menteri pusat, sebaliknya oleh kebanyakan mangsa banjir kerana sehingga setakat ini masih bersikap lepas tangan. Azizan menggunakan pendekatan yang terlalu ringkas iaitu sekadar melawat dan kemudian membuat janji.
Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar di dalam TWITTERnya malam tadi juga sekadar bercerita tentang 'bangun awal sebab nak tolong mangsa banjir'. Sebelum itu juga, Mahfuz di dalam TWITTER yang lebih awal memberitahu Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan RM300 ribu untuk mangsa-mangsa banjir di seluruh Kedah.
Bayangkanlah, betapa banyaknya RM300 ribu tu... barangkali pentadbiran negeri Kedah masih lagi fikir sekarang tahun 1965 dan RM300 ribu adalah 2/3 daripada jumlah keseluruhan pendapatan negeri dalam setahun....
Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO yang melawat mangsa-mangsa banjir di Perlis dan Kedah, kesal dengan sikap lepas tangan kerajaan negeri Kedah yang terlalu bergantung kepada kerajaan pusat. Tidak seperti kerajaan negeri Perlis yang telah pun melakukan usaha-usaha menyelamatkan rakyat negeri mereka dan memperkukuhkan bekalan makanan, berbeza sangat dengan apa yang berlaku di Kedah.
Barangkali kerajaan Ostat Kita tu fikir, banjir ni macam air longkang melimpah kut? Barangkali para penasihat OSTAT Kita telah memberitahu OSTAT kita bahawa tanggungjawab membantu rakyat negeri Kedah yang terjejas akibat banjir adalah tanggungjawab kerajaan pusat.
Maka apa lagi para pemimpin Kedah terutama Ketua-Ketua Bahagian yang berlagak sangat dengan POWER masing-masing. Pergilah jenguk dan gantilah wakil-wakil rakyat PAS yang masih sibuk di Kuala Lumpur dan di pejabat agung mereka yang terbakar di Jalan Raja Laut tuh. Tunjukkanlah betapa prihatinnya anda. Tunjukkan juga betapa anda sebenarnya sangat layak untuk menjawat jawatan Ketua Bahagian UMNO tersebut.
Kepada rakyat Kedah, khususnya yang 'bermazhab' UMNO, inilah masanya untuk menilai kepimpinan setempat anda. Jangan segan jangan silu untuk mendedahkan di mana muka mereka berada. Kalau mereka tidak ada di kawasan masing-masing pada waktu musibah ini, dedahkan sahaja. Kalau mereka ada, tetapi mereka lebih sibuk mengira berapa peruntukan nak turun untuk mangsa banjir, juga dedahkan. Kalau mereka ada, tetapi mereka sekadar membuat lawatan macam PELANCONG MELAWAT BERUK DI ZOO, buka tembelang mereka.
Inilah masanya para pemimpin UMNO setempat yang inginkan jawatan dan kekuasaan untuk turun membasahkan seluar dan baju masing-masing di dalam air banjir. Kalau perlu berlakon mendukung orang tua atau menjinjing anak kecil di dalam air banjir, berlakonlah. Bagaimanapun, pastikan sebelum berlakon, lensa jurukamera terarah kepada anda. Kalau tidak, sia-sia sahajalah lakonan anda itu.
Cuma masalahnya... PEMIMPIN UMNO ADA LAGI KE KAT KEDAH?


0 comments:
Post a Comment