Sumber gambar: Ruang Bicara Pria MalayaJahat sungguh SPR ni... sentiasa nak sabotaj PAS. Udahlah pusat pembuangan undi di empat kawasan Orang Asli ditutup pada pukul satu tengah hari, peti-peti yang mengandungi kertas-kertas undi itu dibawa naik helikopter pula.
Tak lain tak bukan, nak tambah kertas undi 'hantu' dalam kotak-kotak undi tu ler... nanti bila dikira nanti, jumlahnya mesti lebih dari jumlah yang membuang undi... tapi jumlahnya berapa yer?
Tak cukup dengan itu, isteri calon PAS, Zainab Jalar yang tertekan kerana masalah khalwat yang dihebahkan oleh blog-blog pro-UMNO (celako! celako! celako!), terjumpa pula kertas undi tak ada logo tapi ada cop nama calon... (MALAYSIAN DIGEST)
Sah! SPR memang nak sabotaj... takkanlah SPR tak tahu, berapa ramai warga tua yang masih buta huruf?
Sekalipun besar kemungkinan kertas-kertas undi tersebut yang dibuat secara kepilan seperti buku resit, besar kemungkinan mengalami kesilapan cetak oleh Syarikat Percetakan Negara di Chan Sow Lin, ia boleh dijadikan isu besar... lagipun itu menunjukkan bahawa petugas SPR di tempat pembuangan undi itu memang lalai dan bongok sampaikan tak nampak logo tak ada pada kertas undi yang diberikan kepada Zainab Jalar....
Isyyyy... takkanlah SPR menggajikan OKU penglihatan sebagai petugas di meja hadapan pulak kut?
Tapi yang pelik sangat-sangat, kenapa dalam banyak hal, PAS sahaja yang kena aniaya oleh SPR? Adakah ada pihak-pihak tertentu yang ingin membuktikan bahawa SPR adalah 'pekerja' UMNO? Habis tu, jadah apa pula depa masuk bertanding kalau dah tahu SPR akan bekerja untuk UMNO dalam setiap pilihanraya?
Harap-harap sangatlah calon PAS menang di Galas hari ini. Nak dengar dan nak tengok juga bantahan daripada para pengikut PAS bahawa SPR mungkin telah berpakat dengan UMNO untuk memenangkan Dr. Zulkefli, calon mereka sendiri. Dan kalaulah mereka tidak membuat bantahan, sudah sampai masanya UMNO pula buat perangai BANGANG macam ahli-ahli PAS...


2 comments:
Malam tadi dah jenuh kene tazkirah oleh Zul la tu. Jenuh jugak mereka fikir statement ape yg nak buat hari ni.
Bodoh jugak SPR kan? Kertas undi yg xde lambang parti tu elok-elok bagi pada dia sorang jer pulak.
Masa pengiraan nanti kita tengok betul ke ade kertas undi yang takde lambang.
Kalau takde, memang sahlah PAS ni membawa agama penipuan.
Benda ni akan terus berlaku..tiap kali dakwaan, dituruti ngan penafian.
Tiada tindakan undang2 diambil. Sampai bila kita nak disogokkan ngan berita2 sedemikian..kertas undi dibuang dan diganti lain, ada kotak undi lebih..pengundi hantu dan macam2.
Tapi semuanya diam tiada apa2 tindakan!!
Sebenor2nya citer2 ni citer karut atau benar!!
tak bolehkah pihak berkuasa gunakan kuasa yg diamanahkan oleh rakyat..jgn biarkan citer2 yg keliru lagi mengelirukan ni berterusan dan usahlah kredibiliti SPR akan jadi bertambah buruk dan rakyat hilang keyakinan pada SPR.
-aa
Post a Comment