Blogger terkenal, CUCU MAT KILAU yang juga merupakan calon PKR untuk DUN Kemayan, Bera, Pahang pada Pilihanraya Umum Ke-12, Mohd Shukri Jamaluddin 39, telah mengumumkan keluar parti kerana menganggap PKR telah tersasar daripada perjuangan asal.Anda boleh baca cerita selanjutnya tentang Cucu Mat Kilau keluar PKR dari blog JUSTICE FOR ALL...
Anda juga boleh membaca sendiri luahan hati Cucu Mat Kilau di blognya, CUCUMATKILAU ONLINE
Mohd Shukri terkenal pada tahun 2004 apabila membubarkan Parti Keadilan Bahagian Paya Lebar kerana memprotes tindakan Ezam Mohd Nor yang pada ketika itu Ketua AMK memecat Lokman Nor Adam dalam satu konspirasi perebutan kuasa. Bagaimanapun apabila Lokman Nor Adam dan Ezam Mohd Nor menyertai UMNO dengan jawatan Exco Pemuda UMNO dan Senator, Mohd Shukri kembali mendaftar keahlian PKR dengan bantuan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan sekarang.
Dia juga terkenal kerana dituduh talibarut UMNO di dalam PKR kerana pernah bertemu serta berunding dengan Menteri Besar Pahang serta Perdana Menteri Malaysia!


3 comments:
Sesumpah semakin membiak.PKR makin celaru..musim dia kot?
dia dah la tuh... tapi hat ni, bukan jenis yang tukar kaler tuh. ni jenis yang warna hijau.... yang orang kedah duk panggil POKKEI...
Salam ziarah..
POKKEI tu kalau masak gulai mesti sodap..heheheeh
Post a Comment