Monday, November 8, 2010

KEMELUT PKR: PAS DAN DAP AKAN JADI PEMAKAN BANGKAI YANG GELOJOH!!!

Apabila krisis terbaru di dalam PKR tercetus, sebenarnya ia memberi impak dan MENERANGKAN SIAPAKAH tok dalang yang berada di belakang pementasan drama berkenaan. Biarpun tuduhan terarah kepada UMNO, hakikatnya semua orang tahu, PKR sebenarnya hanyalah bangkai yang daging reputnya direbut oleh dubuk dan burung nasar (vulture).

Sama ada Saifuddin Nasution mampu menutup atau sebaliknya kemelut berkenaan, pastinya ramai yang akan melompat untuk meninggalkan PKR. Dengan kata lain, PKR sebenarnya sudah tidak mampu bertahan lagi sebagai parti sahsiah. Biarpun Azmin Ali 'MENANG BESAR' sebagai Timbalan Presiden PKR, anggota-anggota bawahan parti yang sudah meluat sangat apa yang berlaku di puncak kepimpinan, sudah mula beralih arah.

Dalam hal ini, UMNO sebenarnya tidak mendapat sebarang keuntungan. Sebabnya, kebanyakan ahli-ahli Melayu yang keluar dari PKR hasil daripada cetusan yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim, tidak akan berpatah balik kepada UMNO. Sebabnya, kebanyakan daripada mereka adalah hasil kumbahan dan hasil buangan daripada tong taik UMNO. Kebanyakan daripada mereka adalah golongan kecewa kerana gagal mendapat jawatan, projek mahupun golongan expired yang kegonjengang mereka sudah diketahui sangat.

Sama ada mereka kebanyakannya akan menyeberang masuk ke dalam PAS dan menebus dosa masing-masing dengan mula memakai kopiah putih dan membahasakan diri 'ana-ani-anta-antum', atau pun duduk senyap macam orang berkepala busuk, golongan ini tidak akan aktif lagi seperti ketika mereka berada di dalam PKR. Suara garit mereka juga tidak akan kedengaran kerana berada di tempat baru bererti mereka perlu tunduk kepada senior di dalam PAS yang jauh lebih tawakkal dan beristiqomah dalam melakukan sumbanglaku.

Manakala ahli-ahli PKR yang bukan Melayu pula akan meramaikan jumlah anggota DAP, apatah lagi selama ini pun kebanyakan mereka bernada suarakan DAP dalam menyuarakan apa-apa sahaja isu. Ahli-ahli yang kebanyakan merupakan bekas ahli PSRM akan membawa perubahan baru di dalam DAP yang cuba memperlihatkan parti berkenaan sebagai sebuah parti berbilang kaum meskipun pada masa yang sama, mengekalkan HUKUM WAJIB kepimpinan utama dari kalangan pemimpin berbangsa Cina.

Dan kerana itulah, krisis PKR kali ini juga akan diletakkan atas bahu UMNO untuk dipersalahkan, bagi melindungi permainan sebenar DAP dan PAS yang menjadi tok dalang. PKR semenjak dari awal lagi sudah dijangkakan, tidak akan dapat hidup lama memandangkan matlamat sebenar penubuhan parti tersebut sangat samar-samar kecuali memperjuangkan keinginan Anwar Ibrahim untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

Hakikatnya, PAS dan DAP akan menjadi pemakan bangkai yang paling efisien dalam kemelut terbaru ini. Dan tidak lama kemudian, PAS dan DAP juga akan berhadapan dengan kemelut yang sama seperti PKR kerana wabak serakah dari kalangan ahli-ahli PKR tidak akan hilang, sebaliknya menular secara bebas serta pantas di dalam parti baru yang akan mereka sertai.

PAS sendiri sudah dapat melihat kesan pengaruh PKR di dalam parti apabila parti berkenaan jauh lebih memandang mudah akan hukum-hakam agama, termasuklah menghalalkan yang haram dan menghalalkan yang haram, terutama sekali dalam hal bersekutu dan bekerjasama dengan DAP yang diistinbathkan kepada hukum agama secara membuta tuli.

1 comments:

Anonymous said...

Salam.

PKR(Pungkoq Kena Robek) pasti tersungkur mcm parti Semangat 46 jugak..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template