Malu kerana mamainya terus mendapat perhatian dan dikutuk beramai-ramai oleh rakyat Malaysia, khususnya penduduk Kedah yang terlibat dalam bencana banjir, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak cuba menempelak Muhyiddin Yassin yang dikatakannya terlewat 7 hari untuk datang ke Kedah bagi meninjau keadaan banjir sebenarnya.OSTAT kita ni mungkin tidak sedar, kata-katanya itu hanya akan menelanjangkan lagi perangai 'TAK APA'nya yang cukup sinonim jikalau berlaku sebarang isu besar di Kedah membabitkan pentadbirannya.
Kedah bukan satu-satunya negeri yang terbabit dengan banjir. Perlis dan Kelantan turut terbabit sama. Anehnya, kedua-dua negeri tersebut tidak menghadapi kesukaran untuk menguruskan banjir dan bencana alam. Kelantan umpamanya, sama ada pada zaman pentadbiran Barisan Nasional 20 tahun lalu sehinggalah kepada pentadbiran Nik Abdul Aziz sehingga kini, tidak banyak rungutan yang timbul. Sebabnya segala keperluan untuk rakyat telah disiapsiagakan.
Tidak seperti yang berlaku di Kedah. Sewaktu banjir besar melanda Kedah pada 2006, OSTAT kita bukan lagi berkokok berceramah bersama juak-juaknya. Pandai pula mengata pentadbiran Det Khalid masa tu, tak pandai. Sana rompong, sini lompang. Kunun-kununnya kalau PAS memerintah Kedah, PAS akan dapat mengatasi masalah banjir itu dengan mudah.
Allah Taala Maha Kaya... PAS dimenangkan dalam Pilihanraya Umum Ke-12. Berseronok kerana kemenangan tersebut, satu demi satu apa yang dilaung-laungkan oleh PAS dahulu, bagaikan senjata makan tuan. Semuanya membuktikan bahawa PAS Kedah langsung tidak bertanggungjawab, tidak berkeupayaan dan tidak MEMPUNYAI OTAK WALAU SECEBIS JANGGUT UDANG PUN!.
PAS Kedah sebenarnya sudah terlalu malu dengan PENDEDAHAN yang dibuat oleh ALLAH TAALA ini. Tidak ada cara lain untuk menutup malu melainkan segera mencari jalan untuk memalukan Kerajaan Pusat. Segala kesalahan segera dipindahkan ke bahu Kerajaan Pusat dan UMNO.Kebanyakan media yang berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat cuba memutarbelitkan apa yang berlaku. Rungutan dan kemarahan rakyat Kedah terhadap kecuaian OSTAT kita dan barisan kepimpinannya, langsung tidak mendapat tempat di media-media Pakatan Rakyat. Yang disebutkan dan diuar-uarkan hanyalah lawatan sambil tersenyum yang dilakukan oleh OSTAT kita dan Mahfuz. Exco-Exco Kedah yang mengaut keuntungan besar dari GLC Kedah tetap tidak nampak muka kecuali Phahrolrazi Zawawi yang mengeluarkan kenyataan tentang peruntukan RM1 juta Kerajaan PAS Kedah dan titah Duli Tuanku agar baitulmal mengeluarkan RM500 ribu untuk mangsa-mangsa banjir.
OSTAT kita dan MB Kedah IN-THE-MAKING, Mahfuz Omar boleh mengeluarkan pelbagai kenyataan untuk mempersalahkan kerajaan pusat dan UMNO mahupun Barisan Nasional. Namun rungutan daripada pelbagai peringkat rakyat marhein, ternyata tidak menyebelahi mereka. Promosi dan apa-apa sahaja usaha meningkatkan nama PAS dan para pemimpinnya di Kedah, boleh dibuat, hakikatnya rakyat Kedah benar-benar marah terutama sekali dengan bekalan air bersih yang langsung tidak mendapat perhatian daripada pucuk pimpinan.
Semakin banyak kesalahan Kerajaan Pusat yang cuba dibuktikan oleh OSTAT kita dan Mahfuz Omar, sebanyak itu jugalah kesalahan-kesalahan berkenaan mencucuk LOBANG PUNGGUNG OSTAT KITA DAN MAHFUZ sendiri. Rakyat Kedah membandingkan nasib mereka dengan rakyat Kelantan dan Perlis yang terlibat dalam bencana banjir yang memperlihatkan kerjasama antara agensi-agensi negeri dan pusat yang tidak banyak kerenah.
"Kalau ayaq tak langgaq masuk rumah MB, sampai sudah MB duk lena lagi..."
Itulah kata-kata yang cukup sinonim dengan OSTAT kita kerana kelewatannya bertindak menangani masalah banjir serta sikap lepas tangan yang sehingga kini masih tidak diakuinya.


1 comments:
Ostat akan kata;
Time aku naik harga hangpa hingaq nak ayaq pree kunun, la ni ada ayaq banjir pree hangpa bising plak. Hangpa tau tak Kedah lanie terima musibah hasil perbuatan UMNO; maksiat bertambah, bohjan, liwat, pusat urut, rasuah tender, rasuah balak oppps...
Post a Comment