Tu la... sapa suruh mengata, mengutuk, mencerca dan memperlekeh-lekehkan Nik Abdul Aziz lagi. Patutnya bila dia cakap apa-apa pun, terus hantar sembahan kat dia. Kalau dia keluarkan fatwa, terus pasang colok tiga batang dan susun limau sunkist tiga biji.Tengok apa dah jadi dengan Najib Abdul Razak... tu belum lagi DOA PECAH PERUT tu. Baru doa sikit jer... tu mesti pasai hati perut pedal Najib tak elok la. Nik Aziz kata, dia akan doakan Najib pecah perut kalu Najib seleweng tentang royalti minyak Kelantan.
Cuba tengok, bukankah Najib sekarang sakit perut? Opppssss... sorry, bukan mild-gastritis, tapi tanda-tanda perut nak pecah. Baik nasihatkan Najib pi minta ampun dengan Nik Abdul Aziz. Paling tidak pun mencium selipar dan terompah jamban Nik Abdul Aziz. Nanti tak fasal-fasal pulak, Nik Aziz doakan rambut Rosmah Mansur jadi leper dan loyok. Tak fasal-fasal nanti, Rosmah Mansur kena pakai tudung plak.
Hah, kepada sesiapa yang duk mengutuk Nik Aziz sebelum ini, bersedialah... doa Nik Abdul Aziz dah dimakbulkan Allah Taala. Setidak-tidaknya itulah yang dipercayai oleh penyongsang agama yang duduk dalam PAS sampai tidak tahu yang mana senjata mukmin, yang mana satu mengkufurkan diri dan mendapatkan kemurkaan Allah Taala. (Baca DI SINI)
Saya pun berdoa juga... saya berdoa agar Nik Abdul Aziz kurang bercakap dalam apa-apa isu sekalipun. Kalau dia kurang bercakap, kuranglah saya mendapat dosa kerana mengutuknya. Kalau dia kurang bercakap, ramai yang akan pandang hormat kepadanya.
Tetapi sehingga setakat ini, Allah Taala belum kabulkan doa saya lagi. Mungkin sebab ada la rukun berdoa yang saya langgar dan tidak patuhi atau adab-adabnya tidak menepati, atau boleh jadi Allah Taala belum lagi mengabulkan buat masa ini kerana hikmah-hikmah tertentu. Apa-apa pun, saya memang berdoa pada waktu-waktu 'nuzulnya Allah Taala ke langit pertama' (sila dapatkan penjelasan daripada mursyid anda tentang ungkapan ini), Nik Abdul Aziz yang menjadi ikutan dan idola ramai generasi muda, Allah Taala lorongkan ke jalan kebenaran. Dan doa saya, bukan untuk Nik Abdul Aziz semata-mata, sebaliknya kepada sekalian pemimpin di negara ini.
Kalau golongan pemimpin ini melakukan kebaikan dan kebenaran, bayangkan berapa ramai yang akan memperolehi kebaikan tersebut... betapa rahmat Allah Taala itu adakalanya tidak mampu kita fikirkan... betapa halusnya, betapa seninya...


2 comments:
Office PAS KL terbakar, kesian hari ngundi gals pulak tu,
petanda buruk la tuu..nak jadi abu kot?kalau tak abu pun,arang.
Post a Comment