Alahai... kesiannya PAS. Sudah pelbagai alasan yang diberikan mengapa mereka kalah di Galas namun mereka langsung tidak menyebut tentang bab tanah, perampasan tanah adat dan tanah rayau, pengabaian ke atas masyarakat Asli serta penggadaian tanah kepada orang asing bagi tujuan mengaut keuntungan di Galas.Setelah KDYMM Sultan Kelantan sendiri menyalahkan Kerajaan PAS Kelantan kerana menggonjengkan tanah di Lojing dan Gua Musang kerana keuntungan besar yang diperolehi, mereka masih berusaha untuk menutup kesalahan bersebut dengan menyalahkan UMNO apabila kalah dalam perebutan kerusi DUN Galas.
Imej PAS Kelantan benar-benar tercemar di Galas. Gambar Nik Abdul Aziz yang memberi 'sadaqah' atau 'zakat' ketika majlis mengislamkan tiga orang Asli, menjadi senjata yang cukup ampuh sekalipun para penyokong PAS berpendapat pihak yang menggunakan gambar tersebut untuk memalukan Nik Abdul Aziz adalah golongan jahil agama.
Hakikatnya, PAS memang ditolak secara total di Galas. Apatah lagi kebanyakan masyarakat Asli cukup mengingati bagaimana gemulah ADUN Galas dari PAS, Chek Hashim Sulaima terlibat secara langsung dalam perampasan tanah yang sudah turun temurun menjadi hak Orang Asli.
Di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood, salah seorang Exco negeri cuba menggambarkan kekalahan PAS di kalangan masyarakat Asli adalah kerana taktik jahat yang digunakan oleh UMNO iaitu mengadakan karaoke, berdisko selain menjamu masyarakat tersebut dengan arak sedangkan pada ketika yang sama, PAS cuba mengislamkan mereka.
“Kita membawa ustaz untuk mengajar mengenai agama kepada Orang Asli di penempatan mereka. Namun dalam masa yang sama Umno menganjurkan karaoke dan disko.
”Ini menggambarkan di satu ketika kerajaan bimbang gejala sosial begitu parah sekarang, dan dalam masa yang sama menganjur pula program menjurus kepada keruntuhan akhlak,” katanya menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (PAS-Kemuning). (MALAYSIAKINI)
Betapa terdesaknya PAS Kelantan untuk tidak mengakui kekalahan mereka dengan mewujudkan tuduhan sebegitu. Mungkin beranggapan kebanyakan rakyat Malaysia tidak membaca berita selain daripada apa yang disediakan oleh Malaysiakini, Malaysian Insider, Harakah Daily, Harakah dan Suara Keadilan Online, kata-kata seperti itu didendangkan agar air muka terjaga.
Tuduhan yang langsung tidak berbukti itu, pastinya akan digunakan dan dipanjangkan oleh jentera-jentera penerangan mereka dalam memperlekehkan kemenangan UMNO. Biarpun menjenamakan diri mereka sebagai Gerakan Islam, hakikatnya PAS sangat sukar bermuhasabah dan mengkaji semula kelemahan mereka yang sebenar, selain daripada bergantung kepada alasan-alasan remeh seperti itu.
Malanglah nasib ahli-ahli PAS yang setia dan yang mengharapkan kematangan sebenar parti tersebut untuk meneruskan perjuangan mewujudkan sebuah negara Islam.


4 comments:
aik, pas bertunjangkan agama islam. sejak bila ekh?
biasak la bro...dulu, kini dan selamanya salahkan org lain. ayat mudahnya kenapa pas kalah di galas, pas kata pengundi2 galas bodoh kerana tak undi pas. yang sebenarnya memang pengundi2 galas bodoh....kalau undi pas.
walamak bro..bn bile kalah,,mcm2 tuduhan kat pas..dah menang pun banyak gak tuduhan kat pas..orang alim bagi masuk orang kapir ke islam,,jadi masalah..tapi,,orang kapir duk nak hancurkan islam,,x de pulak jadi isu..dok maki hamun org je..kalo terbukti diorang tu memang patut kene maki,,letak la bukti..kalo takat tulis,,budak kecik pun pandai bro..
tang mana makinya artikel ni, puteri (putera?) bunian?
Lu dah baca artikel-artikel yg dedahkan kepincangan pas di galas dan gua musang atau lojing tak? Kalau lu cari dalam harakah, memang xder. Xder dlm harakah, x bermakna xder kat tempat lain...
lain kali baca betul-betul dulu sebelum lu nak spinning... takat spinning macam lu, anak beruk buta huruf pun terrer...
Post a Comment