Wednesday, November 10, 2010

LAAA, PEMINAT BABI PANGGANG RUPA-RUPANYA... PATUTLAH!!!

Laaa... patutlah selama ini beriya-iya mempertahankan ladang babi mega di Selangor kalaupun tidak pernah berkata apa-apa tentang ladang-ladang babi mini di Kuala Selangor. Patutlah selama ini bermacam-macam hujah yang dikeluarkan untuk mempertahankan penggunaan dan pemakanan daging babi yang konon-kononnya merupakan hak asasi kaum bukan Islam di negara ini.

Hari ini, Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor telah membuktikan KASIH SAYANGNYA kepada BABI, DAGING BABI, dan segala-gala yang berkaitan dengan BABI, termasuklah B.A.B.I singkatan bagi Brader Anwar Bin Ibrahim.

Dia telah diarahkan keluar dari Dewan Rakyat setelah bertekak dengan seorang lagi Ahli Parlimen Melayu tapi di blok bebas dan berkongsi nama dengannya sekalipun berbeza ejaan dan nama bapa iaitu Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru.

Puncanya ialah Zulkifli Nordin menempelak sikap bermuka-muka ahli-ahli Parlimen PAS terutama dari blok Erdogan dalam hukum-hakam agama. Hujahnya tentang seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang dirotan oleh gurunya kerana membawa makanan haram ke sekolah, cuba dibela oleh Dzulkefly Ahmad. Zulkifli Nordin berpendapat, ibu bapa budak berkenaan beragama Islam, justeru sememangnya budak tersebut tidak dibenarkan makan babi.

Bagaimanapun Dzulkefly Ahmad menyanggah dengan mengatakan, isu yang diperbahaskan adalah hukuman rotan terhadap budak itu, bukannya kerana agama yang dianuti. (MALAYSIAKINI)

Apa yang berlaku sebenarnya ialah kebanyakan pemimpin PAS yang menyertai ahli-ahli politik bukan Islam yang menentang hukuman rotan tersebut, tidak tahu pun tentang agama budak berkenaan, serta ibu bapanya. Hanya kerana melihat peluang tersebut sebagai uncang emas yang perlu direbut demi undi kaum kafir, maka pemimpin PAS meninggalkan ajaran Islam yang sebenar, iaitu berhati-hati ketika menjatuhkan hukum.

Mendahului emosi dan peluang sokongan kaum kafir, sudah menjadi rukun kepada perjuangan pemimpin-pemimpin PAS yang meletakkan Islam sebagai perkara kedua, sebaliknya meletakkan demokrasi sebagai puncak segala-galanya.

Dzulkefly Ahmad telah pun membuktikan betapa songsangnya perjuangan Erdogan di dalam PAS yang cuba meliberalkan segala-galanya dan menganggap sesiapa sahaja yang menentang mereka, sebagai menentang Islam jikalau si penentang tadi Melayu-Bumiputera Islam dan barua UMNO/BN jikalau penentang mereka adalah bukan Islam.

Tahniah kepada penyokong-penyokong Dzulkefly Ahmad dan ERDOGAN-PAS!!!!

6 comments:

Anonymous said...

Hamman..pencacai Firaun. Masih ada lagi pewaris2nya..pehhh.

Anonymous said...

Budak kalo x sembahyang...kita pukul atau rotan dier kasi dia sedar. Kalo takat mulut sahaja, memang berbuih x melekat kt otak.

Maka wajar pelajar terbabit dirotan agar dia sedar benda itu salah dan haram.

Anonymous said...

Hang cerita tak habih, lepas tu terus tuduh.

Anonymous said...

hak asasi..

xpressminda on November 10, 2010 7:39 PM said...

ntah kat mana logiknya baik dr segi Islam mahupun adat melayu yg membolehkan Dzulkifli pi bela budak tu.

dah terbalik sangat dah Pas ni.

Anonymous said...

pas x ada keluar fatwa baru ke...?

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template