Tuesday, November 9, 2010

LAKI SAPA LA NIH.... BODOH NAK MAMPUS!!!

Apabila seorang Cina seperti Idham Lim yang berkahwin dengan seorang Melayu kemudian cuba mengulas tentang adat budaya orang Melayu yang pada pandangannya adalah khurafat sekaligus memberikan mileage kepada parti politik yang disertainya, sesungguhnya ia amat malang bagi ahli-ahli parti yang dianggotainya.

Idham Lim menyertai gelombang kutukan untuk Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak yang sebelum itu telah menyertai satu majlis menaikkan tiang seri bagi membina perumahan untuk golongan kurang upaya. Majlis menaikkan tiang seri, suatu masa dahulu merupakan antara upacara paling penting dalam adat Melayu yang turut diiringi dengan pelbagai ritual yang sudah tentu menyalahi syara'. Dan perkara yang menjadi asas kepada perdebatannya adalah TEPUNG TAWAR. (BLOG CINA ISLAM)

Memang benar, sebarang upacara khurafat sewajarnya tidak wujud lagi pada zaman ilmu pengetahuan yang semakin mudah diperolehi sekarang ini. Namun pada masa yang sama, sebarang adat yang pada mulanya didapati menyalahi syara' tetapi kemudian setelah melalui pengubahsuaian dan pengadaptasian, sewajarnya hukum khurafat dan syirik tidaklah terlalu mudah untuk dijatuhkan lagi.

Barangkali memikirkan bahawa hujah berkenaan sahaja tidak boleh MAKAN HUJAH lawan, ADUN Titi Serong itu cuba menggunakan hujah yang sangat popular iaitu Nabi Muhammad s.a.w dan para Sahabat r.a tidak melakukannya. Secara tidak langsung, perbuatan Zambry Abdul Kadir sekalipun tidak jatuh syirik kerana khurafat, maka hujah berkenaan dianggap dapat memberikan pukulan maut dan mempromosikan PAS sebagai penjaga sunnah.

Adakah adat minum teh yang bangga diwarisi daripada nenek moyangnya merupakan perbuatan Nabi s.a.w dan para Sahabat r.a? Bukankah adat minum dan memberi minum teh yang merupakan budaya Cina, Korea dan Jepun turut mengandungi unsur-unsur dan falsafah Buddishme serta Zen? Tidakkah kalau ditanggap secara mudah, budaya minum teh juga khurafat sifatnya?

Tentu sahaja tidak, memandangkan adat yang diwarisi oleh Idham Lim tentunya telah menyingkirkan unsur-unsur serta falsafah Buddhism Zen berkenaan. Begitu juga dengan upacara menepung tawar dan menaikkan tiang seri rumah. Kebanyakan daripada unsur-unsur khurafatnya telah pun dibuang dan ianya tidak lebih daripada sekadar meraikan majlis.

Apabila Idham Lim cuba membuktikan adat budaya seperti menepung tawar itu adalah khurafat, apakah Idham Lim berani berterus-terang bahawa adat pertabalan KDYMM Yang Dipertuan Agong serta raja-raja Melayu yang lain sebagai khurafat dan wajar ditinggalkan kerana wujud unsur-unsur tepung tawar terhadap peralatan diraja? Adakah adat-adat seperti pengurniaan bintang dan darjah kebesaran juga tidak wajar diadakan dengan alasan Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a tidak melakukannya?

Terlebih malang lagi apabila hukum agama bersandarkan kepada pendapat ORANG BANDAR, bukannya berdasarkan daripada nas-nas qati'e. Terlebih-lebih malang apabila dengan bermotifkan politik kuasa, hukum-hakam Islam disempitkan dan dijumudkan dengan harapan ianya boleh memberikan kelebihan kepada puak yang disokong.

Dalam satu riwayat, Nabi s.a.w telah meminta Syaidatina Aisyah r.a menyediakan satu kumpulan penyanyi dalam sebuah majlis perkahwinan kerana golongan Ansar sangat menggemari nyanyian. Sedangkan adat budaya Quraisy lebih kepada puisi dan sajak. Ada tolak ansur di situ dan teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa selagi adat itu tidak menyalahi syara', maka ia diharuskan. Dengan kata lain, selagi adat yang ingin dijalankan itu tidak menyalahi akidah, maka ia boleh diteruskan.

Dalam hal Zambry Abdul Kadir, tidak terdapat langsung bukti yang menunjukkan adat yang dilakukannya, menyeru jembalang, puaka, jin tanah mahupun makhluk lain untuk memberi perlindungan. Bahkan tiada juga jampi serapah sebaliknya doa yang dibaca adalah doa biasa yang meminta dan memohon kepada Allah Taala akan keselamatan dan memudahkan segala urusan selain keselamatan seluruh muslimin dan muslimat.





Kecenderungan golongan seperti Idham Lim dan para pengikut PAS totok yang jahil dalam pelbagai bab kecuali menjadi burung kakatua dan tiong untuk melabelkan pelbagai adat Melayu sebagai perbuatan khurafat sebenarnya mencerminkan tanggapan mereka terhadap orang Melayu itu sendiri. Sekalipun beragama Islam, Idham Lim terlalu berprasangka yang orang Melayu ini masih bodoh, jahil dan lebih mempertahankan perkara-perkara khurafat berbanding hukum agama.

Kalau ditanya mengapa Cina Islam sepertinya masih lagi meneruskan beberapa adat bangsanya yang telah diubahsuai agar tidak menyalahi syara', tahu pula dia memberikan jawapan sekalipun akan berputar belit seperti dalam kes TERHANGGUK-HANGGUK DAN TERBONGKOK-BONGKOK DI HADAPAN KERANDA DAN GAMBAR TEOH BENG HOCK, ataupun TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM UPACARA MEMASANG LILIN sebagai simbol berkabung, bersedih atau bersimpati mengikut ajaran Khatolik. Sedangkan adat-adat tersebut secara jelas, dilarang di dalam Islam bahkan dikhuatiri orang yang menghadiri serta menjayakannya tergelincir akidah mereka kerana Nabi s.a.w telah pun menunjukkan teladan untuk upacara kematian orang bukan Islam sebagai panduan hukum.

Sekali lagi, PAS membuktikan bahawa mereka sanggup memutarbelitkan hukum agama agar mendapat perhatian dan sokongan daripada kaum jahil yang menjadi sebahagian besar penyokong mereka. Mereka tidak akan berani berterus-terang tentang hukum agama, sebaliknya mereka akan tetap mengamalkan budaya ambil sekerat dan buang sekerat.

Dalam bahasa mudahnya, mereka bercakap benar, tetapi pada masa yang sama, cakap benar mereka itu adalah pendustaan besar yang melindungi kebenaran total.

2 comments:

Anonymous said...

Apek Lim ni pengecut sebenarnya, segala komen kat blog dia kena kontrol hahaha aku ingat demokrasilaa sangat . Kadang2 hujag dia agak dangkal dan penuh persepsi kotor . Harap dia dapat mengikuti jalan islam yg sebenarnya

Anonymous said...

Mantap.. sebenarnya ini adalah adat peninggalan nenek moyang jer. Dan sebagai MB sudah tentu sukar utk Zambry menolak pelawaan untuk menghadiri dalam sesuatu majlis.

Benda di saja dimainkan oleh PR Perak sebab mereka tahu yang rakyat di Perak sudah mula tenang dan menerima BN sebagai kerajaan.

Pendek kata puak ni dah takde isu.

-Double Y-
www.pejuang-maya.com

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template