Thursday, November 11, 2010

MALIK KASSIM NI MEMANG PAK LAWAK SEJATI

Abdul Malik Kassim atau lebih dikenali dengan gelaran Malik Itik (jangan amalkan memberi gelaran nih, tak baik!) yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Islam, mengakui bahawa senarai nama-nama kontraktor yang dikaitkan dengan UMNO telah diedarkan kepada ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.

Katanya lagi, tujuan berbuat begitu adalah untuk menepis tanggapan bahawa kontraktor-kontraktor kelas F yang mempunyai kaitan dengan UMNO diberikan layanan yang berbeza.

"Senarai kontraktor yang terkandung dalam surat itu bukan bermakna untuk menyenarai hitam mereka yang ada hubungan dengan UMNO tetapi adalah untuk pengetahuan semua jabatan dan agensi kerajaan negeri,” katanya. (UTUSAN ONLINE)

Sememangnya Abdul Malik ini seorang yang melawakkan... masa kecoh khatib membaca doa untuk Lim Guan Eng pada khutbah kedua, dialah orang pertama yang beria-ia menafikannya. Siap cabar tunjukkan bukti lagi. Tak cukup dengan itu, pengikut tegar Anwar Ibrahim ini menuduh UMNO sengaja mencipta polemik...

Namun akhirnya khatib tersebut yang merupakan abang kepada Ketua Penerangan PAS Pusat dan adik kepada Mufti Pulau Pinang membuat pengakuan bahawa sememangnya dia mendoakan Lim Guan Eng, Abdul Malik terus diam.

Begitu juga dengan kisah duit ehsan untuk warga tua. Beria-ia dia mempertahankan duit tersebut dan menempelak UMNO sekali lagi. Namun pembuktian hitam putih iaitu sepucuk surat dari Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, menutup mulutnya.

Dan Abdul Malik tidak pernah meminta maaf atas keceluparan suara halusnya itu....

Hari ini, dia terdesak lagi untuk membela Lim Guan Eng sekalipun sedar, jawapan yang diberikan akan hanya digelak-gelakkan kerana tersangatlah tidak logiknya, seperti mana tidak logiknya dia dilantik sebagai Exco yang menjaga hal ehwal Islam dan umatnya di Pulau Pinang berdasarkan peribadinya sendiri...

4 comments:

Bingai @ Bangang on November 11, 2010 3:48 PM said...

jom kita gelak ramai-ramai!
KAH KAH KAH KAH

Aku Yang Bingai
Satu Ahli Satu Undi di TendangTerajang
Antara Zaid, Pak Lah, Tun Ghafar dan Ku Li

berita lembah pantai on November 11, 2010 5:15 PM said...

Ini je lah level wakil rakyat melayu PR. kalau menang jugak lagi nanti dia ni memang malulah azhar.

Minta tolong sebarkan artikel ini tuan, buat renungan umat agar hentikan kegilaan berpolitik,

51 orang sahabat Anwar tendang pungkoq Anwar!

princess jiji on November 11, 2010 5:16 PM said...

orang Penang semua kenai sapa Malik ni..dan bila dilantik jadi Exco jaga agama pun,dah ramai melayu gelak dan geleng2..tapi nak buat mcm mana,PAS Penang tu pengecut!!!1 Exco pun tak dapat!!!hahahahahahahahahahaahahahahahahaha

CUCU TOK WAN on November 11, 2010 5:51 PM said...

Salam Berita Lembah Pantai...

Insya-Allah, artikel tersebut akan tersiar pada pukul 9:49 malam nanti.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template