Sunday, November 7, 2010

MANGKUK NI SAH, TAK PERNAH CABUT BULU HIDUNGNYA.... BUAT MALU TOK GUNDU JER!!!!

Sorang lagi makhluk dalam PAS yang berasakan seluruh manusia di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ini dari spesies makan tahi dan pemakan bangkai manusia apabila pembohongan yang dilakukannya, bukan setakat menggambarkan tahap keintelektualannya, bahkan dapat menunjukkan serta membuktikan keimanan serta akidahnya kepada Allah Taala dan Nabi Muhammad s.a.w terlalu sedikit berbanding topeng yang dikenakan ke seluruh badannya, selain menganggotai parti politik berjenama Islam.

Phahrolrazi Zawawi menyalahkan pihak media kerana tidak membuat liputan bagI MENUNJUKKAN BETAPA PRIHATIN dan AKTIFNYA Kerajaan PAS Kedah membantu rakyat semenjak mula banjir melanda negeri tersebut. (HARAKAH DAILY)

Pendedahan sikap lepas tangan Kerajaan PAS Kedah kali pertama diluahkan oleh Shahrizat Abdul Jalil yang berang apabila Kerajaan PAS Kedah langsung tidak mengambil sebarang inisiatif untuk membantu rakyat sekalipun beberapa lawatan oleh Menteri Besar dan kawan-kawannya dilakukan. Bagaimanapun tindakan tersebut tidak ubah seperti pelawat zoo melawat beruk!!!

Apabila pendedahan seterusnya oleh Chor Chee Heung, Ahli Parlimen Alor Star menempelak Kerajaan PAS yang hanya mengadakan mesyuarat membincangkan masalah banjir di Kedah selepas 5 hari bencana itu melanda, melompat sakanlah para pembesar PAS Kedah terutama sekali Mahfuz Omar yang serta-merta mengumumkan bahawa Kerajaan PAS Kedah telah memperuntukkan RM300 ribu sebagai bantuan kepada rakyat negeri tersebut.

Melihat kepada bantuan yang digerakkan oleh UMNO dan Kerajaan Pusat ke Kedah, sekaligus menurunkan darjat dan populariti PAS Kedah, maka barulah berbunyi para pemimpin PAS. Perutusan KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim agar perbezaan fahaman politik diketepikan dan bantuan diberikan kepada seluruh rakyat Kedah yang terjejas akibat banjir, maka jentera PAS dan Pakatan Rakyat mulai menggunakan titah Duli Tuanku untuk menempelak UMNO dan Kerajaan Pusat agar pada masa yang sama dapat melindungi kelemahan dan pengabaian yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS Kedah.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri telah sampai ke Pokok Sena untuk membuat tinjauan. Phahrolrazi Zawawi segera membuat pengumuman bahawa Kerajaan PAS telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk mangsa banjir selain wang baitulmal berjumlah RM500 ribu.

Sikap yang ditunjukkan oleh Phahrolrazi sememangnya sudah cukup menggambarkan betapa terdesaknya PAS Kedah mencari populariti. Daripada laporan-laporan yang diterima, sememangnya rakyat Kedah yang terlibat dalam bencana banjir besar ini benar-benar marah kerana selain mereka putus bekalan makanan, mereka juga tidak memperolehi bekalan air bersih kerana operasi berkenaan langsung lambat digerakkan oleh Kerajaan PAS Kedah.

Barangkali Phahrolrazi Zawawi masih hidup pada zaman batu atau zaman kolonial sehingga langsung tidak tahu bahawa maklumat bergerak jauh lebih cepat berbanding apa yang dilaporkan oleh HARAKAH dan HARAKAH DAILY.

Banjir besar yang merupakan yang terburuk dalam 100 tahun sejarah Kedah ini, sememangnya melondehkan terus ketidakupayaan PAS Kedah mentadbir negeri. Ternyata apa yang pandai dilakukan oleh PAS Kedah ialah mencuri, merompak, menjarah dan menjahanamkan negeri.

Bantuan yang diumumkan oleh Phahrolrazi selain wang Baitulmal yang dikeluarkan atas titah perintah Duli Tuanku, pastinya menambahkan lagi BURUKNYA KELAKU puak-puak PAS di Kedah. Tidak perlu diulas panjang hal ini kerana dalam tempoh tidak sampai 72 jam, ia akan terdedah dengan sendirinya...

Sekarang pun sudah kedengaran, bantuan yang diberikan oleh Kerajaan PAS Kedah hanya memilih bendera, warna dan ketayap... tidak menyeluruh. Bahkan ramai orang PAS jauh lebih menggemari pendekatan UMNO dan Kerajaan Pusat dalam pemberian bantuan kepada rakyat Kedah....

Teruskanlah membohong, Phahrolrazi... teruskanlah memberi mimpi dan gambaran yang cantik-cantik dengan niat PAS Kedah tidak dikahak dan diludah oleh penyokong PAS sendiri!!!!

5 comments:

hanizam on November 7, 2010 4:54 PM said...

masa nilah tuhan nak tunjuk sape nak kerja untuk rakyat @ sebaliknya...

biarlah mereka yang diamanahkan untuk buat kerja dengan sebaiknya...PRU 13, rakyat akan menilai...

Anonymous said...

depa kata,kerajaan pusat zalim lagi ka...
bukan mudah nak tanggung amanah..
cakap ramai yg boleh..keja lum tentu lagi.

Hj Hadi apa citer? Nik Aziz apa citer? Takkan org2 kedah bukan tanggungjawab depa gak ke?

Anonymous said...

Lim Kit Siang, Lim Guan Eng..mana semangat Malaysia apabila Kedah ditimpa malapetaka?

Anonymous said...

tak apa la, nanti PRU13 undi pas lagi. org kedah suka sgt kat pas kan.....?

Anonymous said...

hampa tau pasai apa kami undi pas..sbb kepincangan pak le lah la..kalau depa letak monyet sebagai calon pun kami pangkah monyet tu..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template