Rupa-rupanya ada lagi rahsia yang membabitkan Kelantan tetapi tidak diketengahkan atau diperbincangkan mahupun didedahkan kepada umum baik daripada pemimpin UMNO/BN apatah para pemimpin PAS. Malah cerita tersebut sengaja disengapkan dengan tujuan-tujuan tertentu yang hanya diketahui oleh pihak terlibat.Pendedahan Pengerusi FELCRA pada September lalu bahawa agensi tersebut telah menyerahkan tanah kelapa sawit seluas 3,237.4 hektar kepada Kerajaan PAS Kelantan awal tahun ini, menunjukkan secara jelas, mengapa Mazlan Aliman berusaha bersungguh-sungguh untuk menentang FELCRA di samping menghasut para peserta FELCRA menentang agensi tersebut.
Dengan kata lain, Mazlan Aliman sedang berusaha untuk mengambil hati Mursyidul Am PAS yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan. Atau boleh jadi juga, Mazlan Aliman telah ditugaskan untuk mengacau FELCRA agar dengan cara itu, semua pihak akan sibuk untuk menjawab segala tuduhannya dan pada masa yang sama, kisah 3,237.4 hektar tanah yang diserahkan kepada Kerajaan PAS Kelantan, tidak sempat diulang ungkit.
Dan sememangnya usaha Mazlan Aliman yang berjubahkan ANAK dan BAPA berjaya mencapai matlamatnya. Sehingga kini apa yang berlaku kepada tanah yang diserahkan oleh FELCRA kepada Kerajaan PAS Kelantan, tidak diketahui dan terus diselubungi misteri yang berpanjangan.
Mazlan Aliman ternyata adalah BARUA yang digunakan untuk menyembunyikan status sebenar tanah FELCRA yang diserahkan itu. Malah Mazlan Aliman telah 'disogok' agar Kerajaan Negeri PAS Kelantan tidak perlu menerangkan, mengapa sehingga kini mereka gagal menyerahkan dan membahagi-bahagikan tanah tersebut kepada calon-calon yang berhak mendapat peluang itu. Malah Mazlan Aliman juga digunakan untuk menutup kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam pengurusan tanah tersebut selepas Kerajaan PAS Kelantan berjaya dalam 'menangani' masalah di Gua Musang, melibatkan tanah-tanah yang konon-kononnya ditukarkan menjadi Ladang Rakyat.
Mungkin bagi sesetengah peneroka FELDA dan FELCRA yang mengharapkan duit turun dari langit, akan terpedaya dengan tipudaya Mazlan Aliman. Kehadiran hanya seramai 20 orang sahaja pendengar ceramah Mazlan Aliman di balai raya Felda Kemendor pada 8 November lalu, barangkali tidak cukup untuk dijadikan petunjuk bahawa Mazlan Aliman sebenarnya tidak mendapat tempat di hati para peneroka.Dalam dua kes yang KONONNYA dimenangi oleh peguam-peguam mewakili peneroka, Mazlan Aliman sebenarnya bertindak sebagai agen untuk peguam-peguam berkenaan mengaut keuntungan besar daripada saman yang diusahakan mereka terhadap FELDA. Paling menarik apabila mereka seolah-olah mendapat 'kerjasama' yang sangat baik daripada peguam-peguam yang mewakili FELDA memandangkan peguam-peguam FELDA itu tidak hadir ke mahkamah untuk berhujah mempertahankan anak guam mereka iaitu FELDA.
Hakikat fungsi dan peranan Mazlan Aliman dinyatakan secara jelas oleh salah seorang pemimpin PAS menerusi blog peribadinya, 26 MELAYU DIRAJA yang mengakui Mazlan Aliman ditugaskan menghasut para peneroka agar pengaruh UMNO dapat dihapuskan dari FELDA. Dengan kata-kata lain, negeri-negeri seperti Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Johor akan mengurangkan kemenangan UMNO memandangkan di negeri-negeri itu, terdapat banyak FELDA.
Dari satu segi, kelihatan seolah-olah Mazlan Aliman telah ditugaskan oleh kepimpinan utama partinya untuk menjaga dan menuntut kebajikan para peneroka serta peserta FELCRA. Namun pengakuan tentang Konvensyen Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan Kali Pertama yang berlangsung di Dewan Kompleks Imam Al-Syafie (KIAS) iaitu sebuah kompleks milik PAS Jerantut pada 20.2.2010, sudah cukup untuk menjelaskan bahawa semua tuntutan yang dilakukan oleh Mazlan Aliman sebenarnya tidak lebih daripada USAHANYA UNTUK MENDAPATKAN PERHATIAN DAN KEMUDIAN KUASA.....
Apa-apa pun, Mazlan Aliman adalah SEEKOR KUTU BABI yang sudahlah berwajah buruk, perangainya pun menghisap darah.... Dia tidak akan ke mana-mana dalam politik PAS kerana dia seorang yang bebal. Kalau FELDA yang membesarkannya dan hasil FELDA menjadi darah dagingnya pun boleh dikhianati dengan sewenang-wenangnya, tidak mustahil suatu hari nanti Mazlan Aliman akan mengkhianati PAS, terutama apabila usahanya untuk menjadi orang penting PAS tidak tercapai....
Dalam sejarah negeri Melaka, Mazlan Aliman adalah Nina Katu yang membeloti Melaka dan membuka rahsia pertahanan Melaka kepada Portugis, namun apabila Portugis berjaya menguasai Melaka, Nina Katu akhirnya dipancung oleh Portugis kerana dibimbangi dia akan melakukan perbuatan yang sama ke atas Portugis.
"Dia mengkhianati Melaka yang telah menjadikan dia seorang kaya-raya, dengan berpihak kepada kita yang tidak sampai sepurnama di Melaka. Dia akan melakukan perkara yang sama kepada kita untuk menunjukkan dia bijaksana. Kerana itu dia perlu dibunuh." - Alfonso de Alburquerque (History of Malacca, Hj Buyong Adil, DBP)


1 comments:
Bagitu juga Anwar dan Nik Aziz..bila DAP berjaya "menakluk" Malaysia, seorg akan disumbatkan kedalam penjara yg mana kesnya yg asyik tertangguh akan disegerakan..dan seorg lagi diarahkan bersara ngan alasan faktor2 kesihatan.
Pempin2 PAS yg lain akan diberi jawatan2 dalam IKIM, majlis2 agama, mufti2 dsb..duduk diam2 kat situ. Dan keluarkan fatwa2 yg leh nguntungkan DAP.
Post a Comment