1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, November 23, 2010

PENGAJARAN; JANGAN BERZINA TERUTAMA DENGAN ISTERI ORANG

Tuesday, November 23, 2010


Masalah sosial tidak hanya berlaku di kalangan remaja atau golongan muda, sebaliknya turut melanda mereka yang telah berumahtangga. Video di atas adalah salah satu contohnya.

Nafsu syahwat seringkali mengelabui mata dan akal fikiran. Bahagian yang seringkali menjadi sasaran serangan Iblis dan Syaitan itu, seringkali begitu mudah runtuh sekalipun seseorang itu kelihatan sangat beriman. Dugaan dan ujian yang didatangkan ini, menyebabkan ramai yang gagal.

Islam sudah mempunyai cara pencegahan yang terbaik. Bermula daripada didikan jiwa, nafsu dan akal, sehinggalah kepada penderaan, hudud, qisas dan ta'zir bagi masalah sebegini. Biarpun ada sesetengah negara yang menjalankan hukuman hudud dan qisas, namun masalah ini tetap juga berlaku.

Puncanya kerana miskin ilmu dan amal. Ada sesetengahnya berilmu tetapi tidak berakal. Ada sesetengahnya beramal tetapi tidak berilmu. Maka seimbangkanlah ilmu dan amalan.

Zina adalah dosa besar. Namun ia menjadi jauh lebih besar apabila zina itu melibatkan suami dan isteri orang. Di dalam hudud Islam sekalipun, ada perbezaan besar hukuman yang dijatuhkan kepada pasangan yang tidak pernah bernikah dengan pasangan yang telah bernikah...

Maka jauhilah Zina dan takutilah ancaman Allah Taala dengan api neraka.... jangan sesekali anda jatuh cinta dengan isteri orang apatah lagi bermain gila dengan mereka kerana dosa anda tidak akan terampun sama sekali selagi mana si suami pasangan anda tidak mengampunkan dosa-dosa anda....

'Adat' Melayu dahulukala, apabila berlaku keadaan sebegini, maka si lelaki akan membawa sebilah parang atau keris dan menyerahkan kepada suami pasangannya. Apa yang dilakukannya, perlulah diredhai sambil berdoa dan bertaubat nasuha dengan sepenuh harapan, Allah Taala akan mengampunkannya.

11 comments:

Anonymous said...

laki dia pon sama tak pandai jaga bini, patut ko pukul sama bini ko tu, dasar jantan dayus, berani kerana ramai.
ko cerai je bini tu bagi dia kawin dgn jantan tu.
bini ko mungkin tak suka kat ko mesti ade sbb

Anonymous said...

walau apa pun sebab laki dia dan orang ramai kat situ gua respect habis kerana banyak bersabar dan berfikir dengan baik. itulah namanya ada akal dan ilmu. kalau orang lain dah mati dah mamat tu.

hahn said...

Tulah... tahu dan faham belum lagi di katakan berilmu. Ilmu itu hidup. Di masa di perlukan dia lah yang membela kita.

Sempat kita di beri berfikir sebelum membuat keputusan di persimpangan nafsu.

Orang sekarang berilmu ibarat Yahudi. Ibarat kaldai memikul kitab kitab. Lihat lah PAS satu kilang yang mengeluarkan orang berwajah lebam! Hati busuk

Anonymous said...

Mana ada akal dan ilmu macam tu. Iblis dan syaitan bersorak gembira dengan kelakuan semua orang dalan video tu. Malu dengan orang kafir. Islam tak ajar kita selesaikan sesuatu perkara dengan cara sedemikian. Yang ditangkap mewakili perangai Iblis. Yang menangkap mewakili perangai syaitan. Bila bercakap, siap tanya agama apa? bangsa apa? Tapi tindakan... hampehhhh.... Aku harap yang kena tangkap kena hukum, yang menangkap pun kena hukum. Humban sume dalam penjara. Gambar muka masing2 jelas... nak lari mana....

Anonymous said...

laki pun bantai betina lain, wak jadi marah kalau bini dibantai orang, ha ha ha, padan muka.

Bingai @ Bangang said...

Sebab itu kalau mengikut hukum sepatutnya disula atau direjam sampai mati kalau dengan isteri orang kerana menyebabkan si suami tersebut naik gila. korang fikir si jantan tu nak amik ke pompuan camtu jadi bini? lagi baik dia kawin dengan pelacur daripada kawin isteri pintu neraka.

kepada perempuan yang sudah bersuami, teguhkan iman.
Kepada lelaki terlebih nafsu, kawin lagi.
Kepada sang suami, berilmulah secukupnya dalam rumahtangga.

ada firman mengatakan:
"janganlah kamu berzina supaya isteri kamu akan menjaga kehormatan mereka."

Aku Memang Bingai
Blog Tendang Terajang

Anonymous said...

menyampah aku tgk laki dia...orgramai bkn main lagi la dia bedal jantan tu...klip ni buat malu org melayu je..
wahai org jantan...kalau korang tk bsalah tkkn bini korang nak buat mcm tu...agaknya korang pedulikan bini pun tidak...mmg padan muka jantan dayus camni..dasar jantan ego...nak salahkan bini sj..
apapun hanya Allah yang mengetahui perkara sebenar..minta dijauhkan perkara begini dr blaku pd diri kita..

Anonymous said...

kalau lah orang yang meliwat pun dipukul begini juga!

Think said...

isteri org kwn dgn laki org atau org bujang banyak berlaku terutama di pejabat2 tmpat kerja lain..x mau kata kat org,x tau diri sendiri nnt mcmmana...ada sorang mamat yg saya kenal kecoh pasal org lain last2 diri sendiri kantoi!!...

Anonymous said...

Orang kata hukum berzina dengan isteri orang, si penzina kena bawa pedang yang tajam, serah kapada suami perempuan tuuu.... bagi suami perempuan tu jatuh hukum. Jika tak buat macam tuuuu... dosa tu tak terampun hingga penzina tu mati.

Na'uzubillaaaahh..

Mikail Benzema said...

Parang,keris tu smua islam x ajar..Hukuman seorang pezina yg sudah mnikah lbih berat dri seorang pezina yg blom mnikah..hukuman utk pezina yg dh mnikah iaitu suami atau isteri kepada si pezina ialah rajam sehingga mati..
manakala hukuman seorg pezina yg blom mnikah plak dinodam 100 kali dan diasing kn selama setahun..

Blog Archive

Labels