Wednesday, November 10, 2010

POLITIK MURAHAN KHIR TOYO!!!

Ketua Pembangkang Selangor merangkap mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo 'kelihatan' sedang bermain politik murahan di negeri tersebut. Sudahlah ponteng daripada menghadiri sidang DUN sehingga PORGY yang menjadi ADUN Sekinchan terpaksa bertanya ke mana Khir Toyo hilang, Khir Toyo cuba membuktikan ketidakberkesanannya Kerajaan PKR di Selangor.

Mujurlah ADUN Sungai Pelek, Yap Ee Wah boleh memberikan jawapan biarpun jawapan yang diberikan itu sebenarnya lebih bersifat melepaskan tengkuk dan menghalalkan perbuatan Khir Toyo tak hadirkan diri dalam sidang DUN.

Menurut Yap Ee Wah, Khir Toyo tidak boleh hadir kerana DEMAM DENGGI. Alasan yang diberikan oleh Yap Ee Wah disokong pula oleh jawapan Zahrah Kechik, bekas cikgu sekolah rendah tapi masih kekal sebagai isteri Khir Toyo.

Menurut Zahrah, suaminya telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Selangor pada pukul 10.00 pagi selepas mengadu demam, sakit kepala dan badan menggeletar. Bimbang dengan keadaan Khir Toyo yang membolehkan pilihanraya kecil berlaku di DUN Sungai Panjang sekiranya berlaku sesuatu yang menyayat hati kepada Khir Toyo, Zahrah terus membawa suaminya itu ke SMC untuk pemeriksaan lanjut yang akhirnya menyaksikan Khir Toyo tersadai di wad hospital tersebut setelah melalui pelbagai pemeriksaan termasuklah pemeriksaan darah. (BERNAMA)

Mana mungkin Khir Toyo boleh menghidap demam denggi! Di bawah Pakatan Rakyat, jangankan nyamuk, tikus seekor pun susah nak tengok. Malah kalau ditanya kepada budak-budak sekolah rendah bagaimana rupa nyamuk dan tikus, pasti masing-masing akan menepuk dahi sebagai tanda tidak tahu. Malah semenjak Pakatan Rakyat memerintah Selangor, ramai yang menyangkakan, ayam itulah nyamuk dan kucing parsi yang makan pelet itulah tikus.

Pergilah tanya ke mana-mana di segala ceruk rantau Selangor... itulah jawapan yang akan diperolehi.

Pastinya Khir Toyo telah berkonspirasi dengan doktor-doktor di SMC untuk menjatuhkan nama baik Pakatan Rakyat Selangor. Lagipun, Khir Toyo tentu sedang ketakutan apabila beberapa hari sebelum ini telah mendakwa, Selangor sedang memufliskan negeri dengan defisit kewangan yang sangat besar dalam sejarah negeri merah kuning ini.

Jadi dengan kata lain, alasan DEMAM DENGGI itu merupakan alasan untuk melarikan diri. Selangor tidak ada demam denggi. Sama jugalah macam Kelantan. Mana-mana negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, aspek-aspek kebersihan sangat dititikberatkan. Kalau pergi ke mana-mana di Selangor mahupun Kelantan, jangankan sampah, tong sampah pun susah nak tengok sebab memang tak ada sampah pun!!!

Yang kotor, yang banyak kes demam denggi sama denggi biasa mahupun denggi berdarah atau sebarang penyakit yang disebabkan nyamuk, hanyalah di negeri-negeri UMNO dan Barisan Nasional sahaja. Takkanlah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang mengadaptasi pemerintahan khalifah-khalifah Islam terkenal seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, kotor bolor?

Fitnah la namanya tu...

Alangkah murahnya politik Khir Toyo....

4 comments:

Anonymous said...

Wa rasa ramai juak juak PR yg demam kepialu bro baca cerita lu nie....

jamal on November 10, 2010 9:01 PM said...

bunyi macam hampeh la lu punya komen tak da umm langsung... tulislah benda lain yang.. pasal defesit ke...selangor nak bangkarapsi ke... pasir ke... kan bagus.

bunga said...

hahaha...bro..sinis nampak sindiran tu...

biasa la kan..

madah melayu sifatnya berbunga..namun bunga ada durinya..

Anonymous said...

Kelakar gila, I like.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template