Friday, November 12, 2010

RM5 JUTA SEBAB NAJIB? JANGAN PULA BERDOA, NAJIB ACCIDENT...

Kadang-kadang tukang duk buat berita ni pun ada yang patut kena sekeh dan ditampar-tampar. Sebabnya berita mereka adakalanya terlalu bersifat mengampu dan terlalu nak menunjuk-nunjuk. Malah adakalanya juga ianya bersifat membunuh individu yang mereka cuba ampu dan bodek.

Setidak-tidaknya itulah yang berlaku apabila sebuah artikel mengkagumi Najib Abdul Razak apabila Najib dikatakan meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk Unit Rawatan Intensef (ICU) Hospital Kuala Lumpur disebabkan Najib pernah dirawat di situ akibat serangan demam cacar. (Utusan Online)

Hanya RM5 juta yang diperuntukkan di tempat penting yang menyelamatkan puluhan ribu nyawa saban tahun, berbanding RM65 juta peruntukan untuk pengubahsuaian rumah Perdana Menteri yang tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat pun, melainkan untuk segelintir cuma.

Bayangkanlah defisit RM60 juta sebagai jurang perbezaan. ICU HKL menerima RM5 juta kerana Najib dirawat di situ. Walhal HKL sebenarnya memerlukan lebih dari sekadar pengubahsuaian ICU dan penambahbaikan yang hanya bersifat kosmetik. HKL sebaliknya memerlukan aset-aset baru agar perkhidmatan yang jauh lebh baik bersesuaian dengan zaman, diberikan khususnya kepada warga marhein yang masih berlambak-lambak di Malaysia.

RM65 juta yang digunakan sekadar membuat pengubahsuaian Seri Perdana, bukanlah sesuatu yang kecil jumlahnya. Jumlah tersebut kalau dihantar ke HKL, boleh membiayai beberapa buah helikopter yang boleh digunakan sebagai ambulan udara. Keperluan kepada unit ambulan udara, sudah semakin mendesak terutama membabitkan Hospital Kuala Lumpur. Kedudukannya yang terletak di tengah-tengah kawasan sesak, seharusnya telah lama membuka mata Menteri yang berkaitan dan Menteri Kewangan.

Barangkali apa yang diperlukan ialah NAJIB DITIMPA KEMALANGAN DI TEMPAT JAUH PADA KETIKA WAKTU PUNCAK untuk membolehkan HKL memperolehi ambulan-ambulan udaranya. Dan sebagai seorang Perdana Menteri yang mengutamakan rakyat sesuai dengan slogannya, "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan", pastinya Najib tidak akan ragu-ragu untuk membiarkan tubuh badannya ditimpa kemalangan dan kemudian menunggu selama mana ambulan darat akan sampai untuk mengangkutnya ke hospital bagi membolehkan peruntukan dikeluarkan untuk ambulan udara.

Apa-apa pun, jumlah RM5 juta untuk pengubahsuaian ICU HKL masih lagi tidak berbaloi berbanding RM65 juta untuk pengubahsuaian rumah Perdana Menteri....

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template