Thursday, November 11, 2010

SAPA KATA PAS TAK BERDUIT, DIA MUNAFIK TEGAR!!!!


Bagaimana para pemimpin PAS begitu berani ketika berceramah mendakwa parti mereka tidak ada banyak duit seperti UMNO dan Barisan Nasional? Tak perlulah tanya dari mana sumber kewangan PAS. Setakat edar uncang pada setiap kali ceramah politik, itu berapalah sangat jumlahnya. Lagipun jumlah tersebut hanya digunakan untuk membayar penceramah dan logistik. Tidak cukup sebenarnya untuk digunakan sebagai dana projek.

Sebab itulah duit uncang derma jihad fisabillah, tidak pernah diaudit atau dbentangkan laporannya.

Mungkin TERGODA dengan anak syarikat UMNO iaitu UEM yang telah membuat usahasama dengan SUNRISE untuk menguasai pasaran hartanah, terutama di kawasan-kawasan mewah seperti Sri Hartamas, Mont Kiara dan sebagainya, maka PAS menerusi anak syarikat mereka pun buat projek hartanah juga.

Kerana itulah, papan tanda projek diletakkan ayat, 'SUMBANGAN KERAJAAN PAS'.

Main-main tu, 'SUMBANGAN'... maknanya, projek berkenaan didana sepenuhnya oleh Kerajaan PAS. Kerajaan PAS pula menggunakan dana daripada parti, bukannya dari kewangan negeri.

Sedangkan Barisan Nasional pula, sekadar buat 'PROJEK' tapi menggunakan dana persekutuan dan negeri yang mana bajetnya dibahas dan diperiksa oleh badan-badan tertentu selain oleh Ahli-Ahli Parlimen atau ADUN.

Jadi, sekarang tak bolehlah lagi PAS dan para penyokong mereka mendabik dada bahawa parti tersebut marhein dan tidak berduit. Buktinya, projek di Sik itu telah disumbang oleh PAS untuk kemudahan rakyat. Mungkin banyak lagi projek yang telah DISUMBANGKAN oleh PAS di serata Kedah dan Kelantan.

Baca seterusnya di PELANTAQ HUJAH

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template