Saturday, November 6, 2010

SESEKALI MAHFUZ TRY PERKATAAN INGGERIS.... KAGUM! KAGUM! KAGUM!!!

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena, mengamuk apabila Shahrizat Jalil BLAME Kerajaan PAS Kedah kerana lembab dan tidak melakukan apa-apa untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Kata Mahfuz Omar lagi, Kerajaan PAS Kedah tidak mempunyai bot-bot besar atau pun kenderaan-kenderaan berat yang boleh digunakan untuk menghantar bantuan. Shahrizat sebagai menteri sepatutnya boleh COORDINATE jabatan kebajikan di bawahnya dengan tentera bagi mendapatkan kenderaan-kenderaan berat, kenderaan PACU empat roda, trak dan sebagainya untuk MENGHARUNGI KAWASAN MASUK AIR dan juga mendapatkan bot-bot besar. (HARAKAH DAILY)

Aikkk... Mahfuz Omar adalah antara pemimpin politik Kedah yang sangat pandai bercakap. Pendek kata, apa sahaja yang orang lain buat semuanya salah. Yang betul cuma kaum puak dia sahaja. Masakan masalah 'sekecil' ini pun, Mahfuz boleh BLAME orang lain pula? Dah sememangnya Kerajaan PAS Kedah sangat lembab, mandom, tidak INOVASI dan tidak KREATIF dalam memberikan bantuan kepada rakyat Kedah, Mahfuz nak nafi apa lagi?

Mudah sangat Mahfuz Omar menyalahkan Jabatan Kebajikan untuk menutup kelamahan Kerajaan PAS, walhal tanggungjawab menjaga anak negeri dalam masalah ini berada di atas bahu Kerajaan Negeri manakala Kerajaan Pusat sekadar mencukupkan bantuan, bukannya mengambilalih sepenuhnya tanggungjawab Kerajaan Negeri.

Kalau masalah banjir pun Kerajaan PAS Kedah tidak mampu nak atasi, jangan BLAME rakyat Kedah apabila tidak memangkah PAS lagi pada masa akan datang. Rakyat Kedah pun KREATIF dan INOVASI dalam COORDINATE kerajaan serta pentadbiran yang menyenangkan mereka di Kedah.

Nota; Harap maaf jikalau penggunaan perkataan-perkataan yang ditebalkan itu tidak tepat. Penulis cuba menggunakannya setepat mungkin sebagaimana yang dilakukan oleh Mahfuz Omar.

4 comments:

Anonymous said...

Mana kapten kamal sanusi..tak gi tolong kekawan ke, maklum ler puak2 UMNO semua ngok2 je..

Anonymous said...

bab bg duit lambat.. bab nak duit cepat jer.. RM300k yg dia kata nak bg tuh tah bila bleh rakyat kedah dapat.. tunggu banjir lg skali kot.. kalu takder jentera tenaga keje kerajaan pusat, dah mati kelaparan dh rakyat kedah.., dah ramai yg dh kembong dek lemas..

Anonymous said...

Betulkah kerajaan negeri tak ada kenderaan yang berat-berat seperti trak (lori 4 tan) dan pacuan 4X4?

Tak kanlah Majlis Daerah seperti Majlis Bandaraya Alor Setar, MD Kulim, MD Kubang Pasu, MD Padang Terap, MD Kuala Muda dan lain-lain majlis daerah di Kedah tak ada trak atau pacuan 4X4?

Miskin betul Kedah sehingga majlis daerahnya tak ada kenderaan berat. Tak kanlah selama ini pegawai majlis daerah di Kedah menggunakan kereta, motosikal, basikal atau pengangkutan awam ketika menjalankan tugas? Wal hal, exconya pakai toyota camry.

Tak kan tak ada seekor pun puak PAS yang memiliki traktor atau lori untuk dipinjam/sewa kepada kerajaan negeri? Tak kan tak ada sekor pun puak PAS yang memiliki sampan atau bot untuk dipinjam/sewa kepada kerajaan negeri?

Kalau betul tak ada, mintaklah bantuan dengan polis ke, tentera ke, JPA3 ke? Mereka tak bagi? Mereka pasti bagi walaupun jauh disudut hati kecewa dengan pembangkang yang sering menuduh pasukan ini anjing kerajaan.

Rakyat Kedah dah kebulur woi...! Mana beras nak masak nasi? Mana sardin nak buat lauk? Mana air bersih nak minum dan mencuci? Bawang, gula, garam, kentang, susu, teh, sirap dan pelbagai keperluan di pusat perpindahan? Tak kan nak harapkan kerajaan pusat?

Dulu asyik kondem BN, apabila kena batang hidung sendiri pun nak kondem BN. Mahfuz... Mahfuz...PAS...PAS...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template