Dalam apa juga keadaan, PKR sentiasa menampilkan diri mereka lebih 'bijak', lebih 'kuat', lebih 'berstrategik' dan lebih 'banyak duit' berbanding PAS dan DAP. Bukan itu sahaja, mereka juga sentiasa menampilkan diri sebagai ketua di dalam pakatan tersebut biarpun secara hakikatnya, parti berkenaan masih muda dan goyah.Dalam setiap ceramah atau kenyataan, Ketua Umum PKR dan para pemimpin kanannya akan sentiasa menekankan bahawa PKR telah diterima ramai oleh rakyat Malaysia. Malah dari sehari ke sehari, keahlian parti tersebut semakin meningkat biarpun usianya baru setahun jagung. Dan kerana itulah, PKR wajar dipandang dan dilayan berkarisma serta jauh lebih baik, apatah lagi Pakatan Rakyat adalah cetusan PKR dan kerana Pakatan Rakyat itulah, mereka berjaya menguasai beberapa buah negeri selain Kelantan.
PAS mungkin terpengaruh dengan kempen yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim, apatah lagi wala' mereka kepada Fadhil Noor yang telah menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim dalam perbicaraan liwatnya yang pertama, menyebabkan sokongan ahli-ahli PAS kepada Anwar langsung tidak berbelah bahagi dan tidak menggunakan akal fikiran.
Terlalu percaya bahawa PKR adalah sebuah parti yang kuat dan bijak mencetuskan polemik bagi mendapatkan perhatian, akhirnya menjadikan PAS kuda tunggangan untuk bekas-bekas ahli UMNO yang terbuang daripada parti asal mereka. Mungkin sebelum ini, PAS tidak begitu perasan bahawa PKR sebenarnya tidaklah sekuat mana dan ahli-ahlinya tidaklah seramai seperti yang sering dilaporkan dan diuar-uarkan oleh kepimpinan PKR.
Namun pemilihan pucuk pimpinan PKR telah mendedahkan satu perkara yang selama ini tidak pernah terlintas di fikiran para penyokong PKR dan Anwar Ibrahim di dalam PAS. Kehadiran rendah ahli-ahli yang mengundi menjadi antara penyebab kepada kekecohan yang sedang berlaku. Sekalipun para pemimpin kanan PKR cuba menyembunyikan fakta tersebut dengan mendiamkan sahaja, hakikatnya mereka sendiri cuak jikalau perkara berkenaan ditempelak oleh musuh mereka.
Sekadar 6000 daripada jumlah keseluruhan ahli mereka yang telah mengundi memilih pemimpin-pemimpin utama setakat ini. Sedangkan Cabang-Cabang yang belum mengundi tidak sampai pun separuh lagi. Seandainya pola sebegini berterusan, besar kemungkinan jumlah sebenar yang mengundi tidak akan mencecah 100,000 orang pun.
Maka persoalan yang akan timbul ialah, benarkah PKR sebenarnya memiliki 400,000 orang ahli atau mereka sebenarnya sekadar mencipta angka tersebut untuk menarik serta mengikat PAS dan DAP. Mungkinkah sebenarnya PKR hendak bergantung dan terus berada di atas kepala PAS memandangkan PAS mempunyai jentera yang mencukupi dalam segala bidang. Apatah lagi, ahli-ahli PAS jauh lebih setia dan berprinsip berbanding ahli-ahli PKR yang bermotifkan kuasa seperti mana Ketua Umum mereka dan pada masa yang sama, cuba mencetuskan kekacauan di dalam negara menerusi siri demonstrasi seperti BERSIH. Mujur juga jumlah yang hadir pada perhimpunan BERSIH 2.0 tidak seramai mana. Terpaksalah berlapikkan alasan BERSIH 2.0 bukan untuk demonstrasi.
PAS tidak boleh lagi berhadapan dengan situasi yang merugikan. Kemelut yang berlaku dalam PKR serta tindakan para pemimpin PKR sebenarnya lebih menyulitkan PAS dalam misi merampas kuasa menggantikan UMNO. Selagi PAS terpaksa menahan kerenah PKR, selagi itulah, PAS akan terus menjadi kasut dan selipar Anwar Ibrahim.


3 comments:
PAS sedar semua ni, tapi disebabkan dendam Pok Nik Wali Selipar dengan UMNO yang tak kunjung malap, maka mereka sanggup bekerjasama dengan syaitan walaupun mereka tahu syaitan itu adalah musuh yang NYATA!!!
pas sebenarnya sedar, tetapi demi kuasa apa2 boleh aja...hatta menggadai prinsip dan agama.
Hj Hadi perlu bertegas demi akidah ahli2 PAS
Post a Comment