Friday, November 12, 2010

Tazkirah Petang Jumaat: SPRM Tak Pernah Ditohmah, Buktinya Tak Ada Tindakan...

Ulasan berita..dari radio klasik, pagi Jumaat.

Ulasannya berkenaan tohmahan dan fitnah keatas kerajaan dan SPRM, gitu juga ngan usul utk potong gaji Pengarah SPRM.
Ulasan tersebut juga menyeru agar pembangkang dan rakyat bersama2 membenteras rasuah.
Ulasan juga menyebut kesungguhan dan iltizam kerajaan dalam usaha membenteras rasuah (disebutkan juga beberapa plan tindakan yg telah diambil) yg mana hasilnya dapat dilihat pada tahun 2011.
Ulasan juga menafikan bahwa SPRM dibawah telunjuk pihak tertentu..
Dan seterusnya…………..

______________________________________
Ok ler..

Ulasan aku pula lak..mana ada tohmahan dan fitnah, jika benar ianya tohmahan dan fitnah tentu kita dengar SPRM atau kerajaan telah ambil tindakan. Paling kuat pun hanyalah amaran!!. Cuma senjak menjak ni perkataan AMARAN pun dah tak kedengaran.

Apsal pembangkang dan rakyat kena brtungkus lumus, yg selalu kena tangkap dan didakwa ialah dari pihak kerajaan. Apa2 bunyi tentang salah laku atau rasuah yg membabitkan pihak pembangkang mana ada apa2 tindakan susulan, abis2 diambil kenyataan sahaja.

Yg herannya kenapa kerajaan terima bulat2 bahwa kerajaan ni kuat rasuah..padahal beberapa org je yg didakwa dan disabitkan kesalahan pun segelintir je dari yg dituduh.

Gitu juga UMNO, ahli2 UMNO dan pempin2 nya mengiyakan je tuduhan ( tohmahan dan fitnah) bahwa UMNO to korup dan rasuah..padahal yg diheret berapa kerat je dan disabitkan berapa je. Banyak desas desus yg UMNO telah sogokkan wang pada Sultan dan beberapa mereka yg melompat keluar dari PAKATAN..abis2 dituntutnya agar bukti dikemukakan. Walaupun gagal mengemukakan bukti..tiada tindakan dari istana maupun dari UMNO atau BN. So tohmahan atau kebenaran? Belajarlah ngan PAKATAN, saman je..menang kalah tu peduli apa. Org tengok dan baca pasal saman, tapi org tak kisah apa kesudahannya.

Aku setuju..memang benar SPRM ni ikut telunjuk satu pihak je..banyak desas desus pasal pembalakan di Kedah, Kelantan, Selangor (pasir)..tapi tak de apa2 pun. Yg selalu diheret kemahkamah ialah dari pihak kerajaan khususnya UMNO. Bergegas bebenor..
_______________________________________
So apa tindakan yg betul?

Kerajaan ternyata gagal..so elok kita beri peluang pada PAKATAN. Bila PAKATAN merintah secara automatic rasuah akan dihapuskan serta merta. SPRM sendiri akan dibubarkan. So tiada lah rasuah lagi. Macam dengor2 si Lim usul agar cawangan khas (SB) dibubarkan..bila dibubarkan tiada ler kes jenayah lagi.

Bagi PAKATAN..rasuah adalah “hadiah”. Malah selalu diwar2kan..”org bagi ambik, tak cukup minta lagi).

Jika ada tuduhan mana2 dari pihak PAKATAN menerima atau memberi rasuah..tu adalah tohmahan dan fitnah dan tunggulah saman!! He he..mesti kena punya, kes rasuah bukan senang dibuktikan maklum ler jenayah suka sama suka ma..
Ngan cara ni, tohmahan dan fitnah akan berhenti ngan sendirinya..so tiada lah rasuah. Jika ada pun, jgn laporkan pada polis atau SPRM (oppss SPRM dah bubar) tubuhkan jawatankuasa utk siasat sendiri..dah adjust apa yg patut, baru le serahkan pada polis!!
Kemungkinan POLIS akan dibubarkan maklum ler kerana POLIS dikuasai oleh org2 Melayu..mungkin polis2 dari USA dan Singapore ditugaskan utk jaga keamanan. Tapi kualiti2nya macam POrntip je ler.

Cuma kita akan kehairanan je..ishh apa hal bukit bukau gondol, apa hal ramai tiba2 jadi kaya raya, apa hal lori2 pasir makin banyak dan terang2 kelihatan. Apsal ramai bebenor rakyat asing dinegara ni..bila ditanya kelak, kabornya tu tanda positif yg industri pelancongan makin baik dan pembangunan yg pesat. Cuma rakyat2 asing ni tak keluar2 pulak dan siap leh berumah tangga dan buka kedai ler pulak.

Nak tuduh? Ada berani ke? Cukup duit ke?

Undilah PAKATAN..negara ni akan berseh dari RASUAH, PENYALAHGUNAAN KUASA dan JENAYAH..
Sekian ulasan aku di pagi ini. Terima Kaseh. Salam 1 Malaysia !!

-aa

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template