Wednesday, November 10, 2010

Tun Mahathir Dibantu Allah Taala

Kisah Musa as..


Satu hari Musa as brdepan ngan situasi dimana berlakunya pertelingkahan antara seorg dari bani Israel dengan seorg dari kaum Qibti.


Kali pertama..Musa as tanpa usul periksa telah menyebelahi pada sipolan dari Bani Israel ini yg mana telah akibatkan kematian pada si Qibti tersebut. Peristiwa ni membangkitkan kemarahan Firaun dan menyebabkan Musa as menyembunyikan dirinya. ( Dikatakan peristiwa ni juga menyebabkan Musa as tak sanggup membantu manusia dipadang mahsyar kelak utk mengadap Allah swt bagi menyegerakan Hisab dan menamatkan tempoh masa di padang Mahsyar)


Kali kedua peristiwa yg sama berlakunya pertelingkahan si Bani Israel yg sama ngan siQibti yg lain. Bila nampaknya kehadiran Musa as, si Bani Israel ni mohon bantuan beliau..kali ni si Musa as berkata bahwa si Bani Israel ni lah yg bersalah dan tidak mahu memihak pada si Bani Israel tersebut. Si Bani Israel ni menjadi marah dan memarahi Musa as..


kemudian Musa as melarikan diri..dimarahi kaumnya dan sedang dicari oleh Firaun. Tiada tempat lagi diMesir utk Musa as..

___

Iktibarnya..ahli2 PAS dan org ramai khususnya org2 Melayu kena muhasabah..mungkin kali pertama kes Anwar (spt kisah Musa as tanpa usul periksa secara mendalam) . Anwar dirasakan telah difitnah dan dizalimi..kesalahan telah dicampakkan kepada Tun M dan UMNO. ( Yg jahatnya ialah mereka yg tahu kebenaran tapi saja mengambil kesempatan utk kepentingan partinya dan politiknya telah gunakan isu tersebut ngan bersungguh2)


Tapi setelah kali ke 2..tuduhan yg sama..apakah kita tidak mahu memikirkannya kembali.


Memang kali pertama..rakyat Malaysia malah ahli2 UMNO sendiri terkejut. Ramai yg jadi bingung dan keliru. Satu kegemparan spt digemparkan ngan gegaran gempa bumi atau dilanda tsunami..tak pasti apa yg nak dibuat.

Kekeliruan dan kebingungan rakyat telah dimanipulasi ngan baik oleh golongan tertentu!!


Tapi utk kali ke 2, tuduhan yg sama..tak mahu kah kita berfikir.


Kali pertama... Dari menafikan tuduhan keatasnya, beliau dan kuncu2 beliau sibuk brdalih dan cuba mengalih perhatian umum pada tuduhan2 yg lain..isu2 spt kronism, nepotism, rasuah, politik wang, kezaliman dinyanyi2kan utk melindungi dari isu yg sebenar!! gitu juga ngan kononnya konspirasi..


Cuma kali ke 2 ni..tak banyak isu utk digunakan..isu2 lama dah lapuk dan basi. Tapi isu2 perlembagaan pula dimainkan, isu2 ketuanan melayu dilagukan, isu hak2 keistimewaan dinyanyikan..


Jika isu2 yg kali pertama telah menarik perhatian org2 Melayu, mengalih perhatian kepada masalah ekonomi yg melanda negara yg mana kerajaan sedang berhempas pulas khususnya Tun M dalam menanganinya..org2 melayu gempar!! terkejut!! dan marah!!! Kaum bukan Melayu sedar isu sebenar melanda negara telah beri sokongan padu pada Tun M!!


Hakikatnya Allah swt masih mahu membantu Tun M dan Malaysia dari kehancuran yg dahsyat!!

rasanya sehingga hari ni, tak ramai Melayu leh gambarkan bagaimana kehancuran yg akan Malaysia, rakyatnya khususnya bangsa Melayu akan alami jika Tun M gagal diwaktu itu..yakni Malaysia kembali dijajah!! yg mana jajahan kali ni tiada lagi usaha utk tuntut kemerdekaan..brmakna dijajah buat selama2nya. Perlembagaan dan hak2 keistimewaan leh buat artifak dan simpan je kat muzium negara.


kali ke 2..isu Perlembagaan dan hak2 istimewa dijadikan isu yg mana ni pula membangkitkan semangat kaum2 bukan Melayu..Ong KT, mantan Presiden MCA, telah digugurkan kerana didapati tidak cergas mengenai isu Perlembagaan Persekutuan dan hak2 keistimewaan..Koh, Presiden GERAKAN dikatakan "lembut" yg mana bermakna tidak memanaskan isu trsebut. Koh baru2 ni terpaksa panaskan sedikit agar dinampakkan dia tidak "lembut" tapi "keras' le jugak..


Cuma isu yg dibangkitkan kali ni..bukan dari pengaruh luar tapi dari dalam, pengkhianatan atas perjanjian yg telah dipersetujui..pemberontakan atas nama demokrasi, keadilan dan hak2 asasi manusia..dan kali ni..kita tak tahu apa kesudahannya..dan apakah jenis kehancuran yg menunggu!!


Apakah Allah swt akan bantu lagi kali ni!!! segolongan dari kita kena bertaubat demi meredakan kemurkaan Allah swt!!


-aa

1 comments:

Anonymous said...

syukur.............bagus sgt artikel ini, marilah kita sama memohon berbanyak pertolongan drp ALLAH SWT, krn hanya dia YANG MAHA MENGETAHUI................

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template