Mahfumnya..Allah swt dahulukan kasih sayangNya dari kemurkaanNya..
Umum ketahui..Allah swt ciptakan syurgaNya utk mereka yg hargai dan brsyukur ngan kasih sayangNya. Disediakan bidadari yg cantik rupawan tiada berperi2nya utk melayani mereka, istana2 dan mahligai2 yg indah2 utk tinggal didalamnya..
Umum ketahui..Allah swt puji manusia sebagai sebaik2 ciptaanNya.
Umum ketahui..Allah swt perintahkan jin dan malaikat sujud kepada Bapa sekelian manusia yakni Adam as..
Umum ketahui..atas kasih sayangNya, Allah swt utuskan para2 ambiya'Nya as.
Umum ketahui ..atas sifat kasih sayangNya, Allah swt sedia ampunkan dan sediakan keampunan yg sangat luas keatas manusia walaupun dosa2nya meliputi langit dan bumi.
Umum ketahui..sekelian malaikat bertugas dan dikerahkan utk pastikan segala keperluan hidup tiap satu manusia..
Umum juga mengetahui sekelian ambiya' as dibesarkan dan disempurnakan sifat kasih sayangNya..
Umum mengetahui ..bahwa para ambiya' as tidak menuntut apa2 pulangan semada sokongan, pujian, harta benda, darjat pangkat dan kedudukan dari ummat manusia.
Umum mengetahui para ambiya' tidak diutus utk bina negara atau kerajaan..
Umum mengetahui..Ibrahim as tidak berebut kuasa ngan Namrud..apabila Namrud dan sekelian tenteranya musnah, Ibrahim as tidak tuntut tampuk pemerintahan Namrud malah terus berjuang menyampaikan perintah2 Allah swt..terus brusaha membimbing manusia kejalan yg lurus..
Umum mengetahui..Musa as tidak berebut kuasa ngan Firaun..apabila Firaun dan tentera2nya telah musnah..tidak pula Musa as menuntut kerusi pemerintahan Mesir yg mana dia sebelum ini dikenali sebagai "prince of Egypt"..malah baginda as terus menerus brusaha membimbing kaumnya kepada jakan yg lurus..
Begitulah sekelian ambiya'..
Nabi saw sendiri tidak juga berebut kuasa pemerintahan Mekah dari Abu Lahab, Abu Jahal, atau Abu Sufian..malah umum mengetahui..apabila baginda saw ditawarkan kedudukan pangkat kuasa utk memerintah Mekah, kahwini mana2 pompuan yg baginda saw berkenan, atau pun kekayaan penduduk Mekah..semuanya ditolak mentah2 oleh baginda saw.
Umum juga ketahui apabila Mekah ditakluki..sedikit kekayaan tidak dituntut oleh baginda saw begitu juga kuasa pemerintahan Mekah walaupun umum ketahui bahwa baginda saw adalah cucu kepada Abd Mutalib, anak sedara pada Abu Talib yg mana adalah pembesar2 Arab Quraish..malah ketika tu peluang baginya terbuka luas!!!
Fitnah apakah yg telah dilemparkan kepada ambiya'2 ini...........fitnah apa yg nak dilagukan keatas pengorbanan para ambiya' as yg suci murni dan penuh keikhlasan dan ketaatan...tak berasa malukah?
Wahai yg ngaku sebagai ulamak pewaris ambiya'..dan yg agung2kan ulamak2 ini sebagai pewaris ambiya'..bandingkanlah ciri2 mereka ngan mereka yg diwarisinya..
aku tulis.."umumnya"..bermaksud org Islam yg biasa pun tahu, jadi jika yg ngaku bahwa dia adalah ahli dalam agama, tak tahu..mmm tak tahu ler nak dikata..mudah2an bukanlah dari golongan munafik atau pendusta agama.
PAS tak perlu dibubarkan..tak perlu keluar dari parti..cuma kembalilah pada agama spt mana kehendak agama tu sendiri. Sesungguhnya rahmat Allah swt sangat hampir pada mereka yg brpesan2 ngan hak, brpesan2 ngan sabar...usahlah disemai kebencian sesama makhluk khususnya sesama Islam. Dalam mengamalkan agama, kesabaran adalah satu tuntutan. Hilangnya kesabaran akan melondehkan kecantikan dan kemurnian agama tu sendiri walaupun tidak tertanggal serban dan jubah, tidak akan tergugur sehelai pun dari janggut..
Amalkan agama sambil memeliharanya...
-aa


1 comments:
a ah pandai lilit serban, sampai cakap pun nk belit2 jugak. mana yg untung awk, semua halal. org lain semua salah! pengikut pulak, x abis2 bodoh x boleh diajar
Post a Comment