Sememangnya Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bekas calon di Hulu Selangor dan bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu berjaya menjadikan dirinya sebagai seorang yang penuh dengan kejutan, sekalipun kejutan yang dibuatnya menyakitkan hati kebanyakan pihak.Hari ini Zaid buat kejutan lagi. Zaid umumkan tarik diri daripada pertandingan Timbalan Presiden PKR yang kelihatan sudah ada dalam genggamannya tetapi permainan kotor dari pihak yang satu lagi, menyaksikan dia berada jauh di belakang orang yang dicabarnya. Selain daripada tarik diri, Zaid juga umumkan perletakan semua jawatannya dalam PKR. Bagaimanapun, Zaid tidak pula umumkan perletakan keahliannya dan cabut keluar dari parti yang baru disertainya.
"Saya harap para peminat Anwar Ibrahim tidak lagi akan anggap saya sebagai spoiler yang menyekat perarakan mereka ke Putrajaya.Saya harap yang terbaik bagi mereka." (Malaysian Digest)
Zaid Ibrahim digambarkan sebagai gunting dalam lipatan, sebagai serigala berbulu kambing dan sebagai keris yang bermata dua apabila berhasrat dan mengumumkan untuk menjawat jawatan nombor dua dalam PKR. Walaupun sewaktu mula-mula menyertai parti tersebut, Zaid Ibrahim diberikan pelbagai gambaran yang indah-indah. Bahkan Zaid Ibrahim diperlihatkan sebagai pahlawan yang baru kembali dari medan perang dengan membawa kemenangan yang sangat besar dan bakal menjadikan PKR sebagai sebuah parti bersaiz gergasi pada masa hadapan.
Namun dari sehari ke sehari, beberapa kenyataan Zaid yang berterus-terang, terutama yang menyentuh tubuh Anwar Ibrahim mulai tidak disenangi oleh para pendokong PKR, terutama sekali geng-geng 'senior' yang banyak menyokong Azmin Ali. Apabila Zaid berada dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden PKR, Zaid bukan sahaja membuktikan PKR sebagai sebuah parti caca-marba yang sistemnya seperti di sebuah kawasan tidak ada undang-undang, sebaliknya membuktikan parti tersebut sememangnya parti anak beranak.
Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan pernah mendakwa wujudnya Trojan Horse di dalam PKR. Kenyataannya itu dibuat sebagai sokongan moral kepada Azmin Ali yang dilihat begitu tersepit untuk menang dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR. Sekalipun tidak menuding jari ke arah Zaid Ibrahim, umum dapat mengetahui dengan mudah, Trojan Horse yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim itu adalah Zaid Ibrahim.
Hari ini, Zaid telah membuktikan bahawa dia wajar disyaki sebagai kuda trojan UMNO yang dihantar untuk menelanjangkan dan melondehkan PKR dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kisah yang diceritakan oleh blogger Harris Ibrahim tentang kertas-kertas undi yang boleh dibeli, menambahkan lagi parah krisis pembohongan dan pendustaan di dalam proses pemilihan PKR yang julung-julung kali diadakan dengan sistem baru. (UREKA)
Kisah Anwar Ibrahim giat berkempen di Sabah untuk memastikan kemenangan Azmin dalam pertandingan tersebut, bukan lagi kisah dongengan dan tidak berasas. Anwar dan segala gerak kerja bagi pasukan Azmin ke Sabah bukan untuk memastikan kemenangan calon PKR di Batu Sapi sebaliknya untuk memastikan undi-undi terjamin buat Azmin. Sebabnya, Azmin tidak mempunyai kekuatan di Sabah sebaliknya Zaid mendapat sokongan yang lebih menyeluruh daripada penyokong-penyokong PKR di negeri tersebut.
Dan sememangnya proses pengundian itu sendiri sudah cukup untuk menimbulkan pelbagai syak dan wasangka. Di sebalik cerita-cerita gah tentang PKR, jumlah pengundi yang turun mengundi tidak sampai pun 12% daripada jumlah ahli-ahli PKR. Apakah itu disebabkan pemboikotan atau sebenarnya PKR tidak mempunyai ahli seramai yang mereka dakwa, sebaliknya sengaja digambarkan mendapat sokongan ramai agar jubor Anwar Ibrahim tetap kembang?
Apa-apa pun, apa yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim pastinya akan menyebabkan satu lagi krisis besar melibatkan kepimpinan utama PKR. Cuma yang menariknya, apakah alasan yang akan diberikan oleh Saifuddin Nasution...
Zaid telah dibeli oleh UMNO... ada bukti yang mengesahkan Zaid telah berunding dengan kepimpinan utama UMNO.... Zaid memang sengaja dihantar dan dibiayai oleh UMNO untuk menjahanamkan PKR... Zaid memang dihantar untuk mengucar-ngacirkan ahli-ahli PKR.... Zaid itu, Zaid ini....
Pastinya alasan-alasan yang diberikan nanti, tetap akan diusahakan untuk menutup kohong dan nanah dalam PKR yang semakin besar dan semakin busuk...


3 comments:
mm sapa gerun sapa? Mungkin En Kamal Sanusi leh huraikan..
ramai "gerun' ngan Anwar..tapi Anwar "gerun" pada seorg je!
agak2nya apa rahsia yg digeruni..atau ilmu penunduk atau penggerun yg dipakai oleh adik azmin sehingga seorg yg digeruni oleh rakyat ini jadi gerun ngannya..
Sila encik..
zaid sptmana satu golongan "muda" didalam UMNO, mahu diberi peluang, mahukan laluan mudah..
Ranjau dan halangan, tu leh mematangkan- tarik duri/undur diri/brputus asa, satu jalan yg mudah tapi tiada apa le yg dapat dicapai!!
Jika benar2 ada perjuangan..sepak terajang, cah keting sepatutnya tidak dapat menghalang.
Zaid dan yg sewaktunya..pada aku..mereka tiada cita2, tiada matlamat perjuangan.
Baru usik2 sikit dah nak merajuk!!!
Jiwa tak cukup kental..tak cukup gagah!!
Kalau dalam PAS..ha mimpi je ler, kecuali dah pandai pakai ketayap, cakap pelat2 arab sikit..ataupun rakan sekutu Lim Guan Eng..atau rakan "baik" Anwar!!
Banyak sungguh "bekas" Zaid Ibrahim ni...bekas calon di Hulu Selangor, bekas Menteri, bekas Ketua UMNO cawangan Kota Bharu. Tu lagi bekas ahli UMNO, dan macam2 bekas lagi..
Lepas ni bekas apa pula yg akan ditinggalkan Zaid?
Post a Comment