Saturday, November 13, 2010

UNTUNG RAJA AZMI, PEMUDA PAS PUN NAK PROMOSI FILEM GAY TERBITANNYA...

Rupa-rupanya Pemuda PAS di bawah kepimpinan Nasruddin Tantawi mempunyai kaedah tersendiri bagaimana hendak menaikkan atau membantu pengusaha-pengusaha berbangsa Melayu tak kiralah apa-apa pun produk yang dihasilkan.

Terbaru, Nasruddin Tantawi mewakili Pemuda PAS menzahirkan tentangan terhadap filem 'Anu Dalam Botol' yang bertemakan kehidupan golongan gay dan maknyah.

Kata Tantawi, filem berkenaan sebenarnya songsang dan tidak mempunyai arah dalam penerbitan dan penyiarannya.

Sebenarnya apakah yang ingin diperkatakan oleh Tantawi? Umum mengetahui, Raja Azmi Raja Sulaiman, penerbit filem dan penulis skrip 'Anu Dalam Botol' ini sebenarnya tidak pernah berjaya dalam sebarang penerbitan filemnya. Beberapa filem yang diterbitkannya setakat ini, jangankan mutu, nilai komersil pun entah ke mana. Mungkin kalau Raja Azmi Raja Sulaiman kalau digandingkan dengan Hishamuddin Rais untuk penerbitan dan pengarahan sebuah filem, akan menjadikan filem berkenaan sebagai filem yang paling tak laku abad ini.... Sebab kedua-duanya berkongsi perangai yang serupa.

Apabila Tantawi memprotes filem 'Anu Di Dalam Botol' itu, bererti, Tantawi sebenarnya telah memberikan promosi secara percuma kepada Raja Azmi dan filemnya yang sangat bermasalah itu. Mungkin dari satu sudut, tindakan Tantawi memperlihatkan seolah-olah Pemuda PAS cuba menentang kemungkaran, namun dari segi pengiklanan, kaedah yang digunakan oleh Tantawi adalah cara yang paling berkesan untuk mengajak para penonton ke panggung wayang menonton filem ini.

Mustahil Tantawi tidak menyedari natijah daripada tentangannya itu. Mungkin bagi yang berfikiran sempit akan bersorak sorai dengan tindakan Tantawi, namun bagi yang memahami bagaimana manusia bertindak balas terhadap larangan dan suruhan, pastinya tahu, penglibatan Tantawi dalam mempromosikan filem untuk golongan gay ini, akan memberikan impak yang tersendiri sekalipun, filem tersebut sama seperti filem-filem Raja Azmi yang lain... gagal!!!

Atau adakah Tantawi sebenarnya memberi isyarat kepada pihak-pihak tertentu yang kini sedang dipersalahkan kerana menimbulkan kekacauan dan meruntuhkan struktur kekuatan Pakatan Rakyat? Atau Tantawi sebenarnya sedang menggesa agar perbicaraan yang sedang berlangsung membabitkan tokoh tertentu kerana beraktivitikan seksualiti songsang agar mempercepatkan perbicaraannya dan tidak lagi mencari jalan menangguh-nangguhkannya?

Tantawi tidak mungkin akan merendahkan kualiti dirinya sebegitu rupa hanya kerana sebuah filem yang tidak laku seperti 'Anu Di Dalam Botol'... pastinya ada sesuatu yang lain, yang lebih besar dan lebih penting ingin diperkatakan oleh Tantawi....

1 comments:

Nachior on November 13, 2010 4:15 PM said...

Jadi siapa yang memprotes filem "Fitna" tu kira dia mengiklankannya filem "Fitna" le ye...Cari isu lain saja bang...bodoh sangat pandangan abang tu...Sepatutnya abang gesa Menteri kesayangan abang tu agar mengharamkan terus filem tu....

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template