Wednesday, November 10, 2010

WOI MIC, MCA... TOKSAH DUK BERLAKON LA!!!

Akhirnya terbuka lagi tembelang dan belang sebenar MCA serta MIC. Mereka menyertai blok pemimpin bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat termasuklah beberapa EKOR MELAYU liberal dan pengampu imigran seperti Nizar Jamaluddin dan Khalid Samad membelasah Zahid apabila Zahid Hamidi menyatakan antara punca kurangnya penyertaan kaum bukan Melayu-Bumiputera di dalam angkatan tentera adalah disebabkan TIADANYA SEMANGAT PATRIOTIK di kalangan mereka.

Alasan-alasan yang diberikan oleh wakil-wakil Melayu liberal dan pengampu sudah pun kita dengar. Nizar kata kerana ada rasuah. Si Khalid pula kata orang bukan Melayu enggan menjadi anggota tentera kerana tidak mahu menjadi jentera UMNO....

Manakala Kulasegaran, Ahli Parlimen DAP dari Ipoh Barat pula menyatakan kekesalan dengan alasan yang diberikan oleh Zahid dan menganggap alasan tersebut telah melukakan perasaan orang bukan Melayu. Alasan yang sama juga diberikan oleh beberapa pemimpin DAP yang lain.

Dan hari ini, pemimpin MCA dan MIC pula menyokong... juga dengan alasan yang serupa. (MALAYSIAN INSIDER)

Keengganan para pemimpin bukan Melayu-Bumiputera untuk mengakui kaum mereka terutama sekali generasi muda terlalu kurang sikap ingin mempertahankan negara menerusi barisan hadapan, kadang-kadang sangat mengelirukan. Mereka beriya-iya inginkan kebebasan di dalam memperkatakan apa-apa sahaja termasuklah membahaskan Perlembagaan Malaysia atas alasan kepentingan nasional. Namun apabila bercerita bab tentera dan barisan hadapan, mereka biasanya akan buat-buat pekak dan jadi bodoh tolol.

DAP mungkin boleh 'dimaafkan' dalam hal ini kerana mereka sememangnya sentiasa mencari jalan untuk menjahanamkan negara ini dan merubah segala struktur yang telah wujud. Namun apabila MCA dan MIC yang TELAH DIJEMPUT untuk sama-sama mentadbir negara sekalipun mereka hanyalah penerima anugerah kerakyatan, tetapi kemudian cuba berlagak macam mereka telah membuat seruan agar kaum mereka menyertai angkatan tentera, sememangnya ia sesuatu yang menggelikan hati.

Sehingga ke hari ini, iaitu semenjak dari tahun 1955 ketika Perikatan UMNO-MCA-MIC buat kali pertama terbabit dalam pilihanraya umum negara, MCA dan MIC tidak pernah pun berkempen secara besar-besaran agar anggota masyarakat yang baru menjadi rakyat Tanah Melayu untuk terbabit dalam angkatan tentera dan pasukan polis. Sebaliknya mereka lebih sibuk macam mana nak rampas hak orang Melayu yang telah diterterakan di dalam Perlembagaan Malaysia.

Terikat dengan 'Perjanjian Komanwel', UMNO pastinya sekadar mampu menghela nafas panjang dengan gelagat-gelagat MCA dan MIC yang bagaikan kaduk naik junjung. Sudahlah UMNO dipaksa oleh British untuk menerima persekutuan dengan MCA serta MIC barulah kemerdekaan negara boleh diperbincangkan, sekarang UMNO sekadar makan kuah sedangkan MCA dan MIC makan isi.

Sekalipun ada segelintir daripada mereka yang menyertai angkatan tentera dan pasukan polis serta bomba, selain pertahanan awam, jumlah mereka terlalu kecil dan biasanya mereka ini terpinggir serta seperti telah 'dibuang dari keluarga' kerana menceburi pekerjaan yang dianggap sebagai kuli Melayu.

Tak payahlah para pemimpin MCA dan MIC mendendangkan perkataan 'kecil hati' atau 'kecewa' kerana kenyataan Zahid. Hakikatnya, terlalu ramai orang Melayu dan Bumiputera yang menyertai angkatan tentera serta polis demi keselamatan negara, terasa hati dengan sikap sambil lewa dan berlagak tuan kaum imigran ini.

Hanya kerana INI NEGARA KAMI, dan KE MANA KAMI NAK LARI KALAU NEGARA INI TIDAK KAMI PERTAHANKAN, Melayu dan Bumiputera terus bertahan sekalipun bidang kerjaya selaku anggota tentera dan polis dipandang CIKAI oleh kebanyakan ahli-ahli politik Cina, tak kiralah sama ada mereka dari barisan pembangkang, mahupun daripada komponen BN.

Cubalah tanya, berapa orang ahli keluarga Kulasegaran, Kit Siang, Karpal Singh, Chua Soi Lek dan Sammy Vellu yang menjadi anggota tentera berpangkat prebet serta anggota polis berpangkat konstabel. Cuba pula tanya ahli-ahli politik bermata sepet dan berkulit legam itu, berapa statistik pembabitan kaum mereka dalam perkhidmatan bomba yang terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang bermenterikan seorang Cina?

Mungkin mereka yang nama-nama tertera di atas, wajar belajar tentang Sejarah Bukit Kepong apabila anggota-anggota polis Melayu dibunuh dan sesetengahnya dicampak ke dalam api. Begitu juga dengan isteri dua orang anggota polis tersebut dibunuh oleh komunis Melayu yang bernama Mat Indera....

Mungkin Nizar Jamaluddin dan Khalid Samad ada jawapan yang sangat pasti....

3 comments:

Anonymous said...

Terkenang kisah video..SiAh Moy cakap bahsa Inggeris pada pegawai polis kerana menahannya..

Senang je zahid..kabor je pada pempin2 MCA, MIC dll tu, suruh je buktikan jika kaum mereka benor2 patriotik..

Atau pun si zahid tu tak kabor tul kut..ramai sebenornya yg mohon jadi askar ni tapi gagal berbahasa Melayu..atau tak faham bahsa melayu.

Suruh pandang kekanan, dia belasahnya pandang kekiri..nak kata pekak, tidak.
rupa2nya tak paham bahasa!!

-aa

UjangRanggi on November 10, 2010 6:58 PM said...

Semalam ujang dah cakap pasal ni..
Tu yg gua tanya...Nazri taknak ambil tindakan pulak ke menyiasat Zahid? Kan dia beria-ria benar nak jaga hati bukan Melayu...3 orang orang penjawat awam Melayu dah selamat digantung kerja oleh Nazri..
Kita Melayu tak boleh sentuh sikit pun pasal tahap kesetiaan bukan Melayu di Malaysia ni...pasti dianggap rasis..
Lebih cantik lagi bila ada menteri Melayu yang kecoh menggelabah iniaya bangsa sendiri macam Nazri...bertambah lemak berkerim la puak2 DAP, MCA, MIC dan PAS nak mengganyang Melayu.
Jelas sangat diorang tidak patriotik. Klw benar2 patriotik kenapa tidak berduyun2 masuk tentera dan polis untuk menjaga keselamatan negara? Yang rela berkorban dan ramai yang terkorban hanyalah anak Melayu. Benar, kerana kita tidak ada tanah air lain yang hendak dipertahankan selain dari Tanah Melayu ini...tidak seperti mereka yang hingga hari ini masih mengagungkan tanah leluhur nenek moyang mereka.
Mereka opportunis, hanya mahukan Malaysia ini aman supaya mereka boleh mengaut lebih banyak untung...maka mereka biarkan anak Melayu saja yg menjadi kuli menjaga keselamatan negara.
Memang mereka tidak patriotik, tak payah nafi lah..bangsa-bangsa yang tak sedar diuntung..Sedarlah wahai orang Melayu, terutamanya PAS dan PKR...

http://ujangranggi.blogspot.com/

princess jiji on November 11, 2010 9:53 AM said...

jiji cadangkan bagi simple quiz kat semua MP dan ADUN bukan Melayu mengenai peribahasa atau simpulan bahasa melayu dan suruh depa terangkan maksudnya..agaknya kalau bagi kuiz perkataan seerti pun depa tak boleh jawab!!adui...susah betui nak berterus terang dengan penyewa yang tolong tuan rumah mencantikkan rumah ni..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template