1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, November 16, 2010

YANG DIKATAKAN VIDEO LUCAH SAIFUL BUKHARI

Tuesday, November 16, 2010


Mungkin menyedari Anwar tidak boleh diselamatkan lagi daripada perbicaraan liwatnya, biarpun tunda menunda tetap diusahakan, tentera-tentera Anwar dalam dunia blog mengatur strategi lain untuk mengganggu kredibiliti dan harga diri mangsa liwatnya, Saiful Bukhari.

Dengan menggunakan tajuk 'VIDEO LUCAH SAYFOOL', klip ini cuba mengaitkan Rosmah Mansur, Najib Abdul Razak dan UMNO dalam usaha membawa Anwar masuk penjara semula.

Namun pada masa yang sama, kewujudan video tentang perlakuan liwat dalam kes ini dan diklasifikasikan sebagai 'barang bukti', seakan-akan telah disahkan. Cumanya, video yang heboh diperkatakan itu, masih disimpan oleh pihak pendakwaraya bagi tujuan perbicaraan. Video berkenaan bakal menjadi senjata pemusnah dan disebabkan itulah, usaha penangguhan dan pengguguran kes giat dilakukan.

BLOG UNSPINNERS mendedahkan satu lagi andaian yang turut boleh dikaitkan sebagai dorongan kepada penyebaran 'VIDEO LUCAH SAYFOOL' ini. Manakala video YouTube itu boleh dilihat di BLOG ERAPASCA.

0 comments:

Blog Archive

Labels