DAP Pulau Pinang menerusi suara anak lelaki Karpal Singh yang menjadi ADUN Datuk Keramat telah mencadangkan agar Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua di Pulau Pinang. Dia memberikan alasan, Bahasa Inggeris adalah lingua-franca terpenting dunia.Apa sebenarnya motif peguam yang menjadi ahli politik ini? Apakah usaha-usaha Singapura menghapuskan Melayu, Bahasa Melayu dan agama orang Melayu ingin diteruskan di Pulau Pinang pula? Biarpun DAP adalah anak didik PAP Singapura dan matlamat asal penubuhan DAP adalah untuk membawa Singapura masuk ke dalam Malaysia semula, hakikatnya apa yang ingin dilakukan oleh DAP sebenarnya sangat merbahaya.
Ulasan BLOG PENGHUNI GUA tentang hal ini, sememangnya sangat tepat dan wajar diperhalusi oleh golongan yang bersungguh-sungguh ingin memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan selain kedaulatannya tidak diganggu gugat oleh golongan seperti Jagdeep Singh Deo dan DAP secara keseluruhannya.
Mungkin sekali imbas, kita akan dapati Jagdeep Singh Deo bagaikan seorang ahli politik yang sangat tulus-mulus yang mengambil berat tentang masalah negara. Hakikatnya, Jagdeep Singh Deo hanyalah salah seorang daripada leftenan-leftenan entiti yang ingin menghapuskan keseluruhan teras dan struktur negara ini iaitu MELAYU.
Agak aneh, kelompok seperti Jagdeep Singh Deo ini, tidak pula menjadi rakyat negara lain yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Singapura pastinya sangat mengalu-alukan orang sepertinya. Agak aneh juga, apa perlu lagi pengiktirafan bahasa kedua diperlukan untuk bahasa selain Bahasa Melayu, walhal secara keseluruhannya, Bahasa Inggeris adalah bahasa pertama, manakala Bahasa Mandarin pula adalah bahasa kedua di negara ini. Bahasa Melayu hanya bahasa ketiga kerana dianggap 'kekampungan' dan 'tidak maju'.
Perhatikan sahaja sebarang surat menyurat membabitkan perundangan, tidakkah semua surat-surat dan perjanjian serta kontrak berkenaan ditulis dalam Bahasa Inggeris? Perhatikan juga sebarang urusan rasmi perbankan di negara ini, tidakkah kesemuanya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium. Bahkan anda boleh tonton televisyen dan dapat mendengar sendiri Bahasa Inggeris sebagai medium utama dan kemudian Bahasa Mandarin sebagai medium kedua. Bahasa Melayu hanya digunakan untuk rancangan-rancangan yang dianggap 'kekampungan'.
Tertanya-tanya juga, ke mana sebenarnya rombongan anti-PPSMI yang mengarak keranda, yang begitu membelasah Tun Mahathir kerana mahukan Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris dengan hujah-hujah yang dianggap hanya menambahkan bulu di dalam lubang telinga. Mana dia Sasterawan Negara A.Samad Said yang berpuisi sakan sebab nak membela Bahasa Melayu dalam pembelajaran Sains dan Matematik?
DAP sudah terang-terangan untuk menghapuskan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu walaupun di mana-mana dalam kempen mereka, mereka berpura-pura menyokong Perlembagaan Malaysia. Antara kata-kata yang paling menarik ialah, DAP akan memastikan Perlembagaan Negara dan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera akan terjaga.
Nah, dalam duk buat kempen sebegitu, muncullah Jagdeep Singh Deo untuk mendapatkan pengiktirafan ke atas Bahasa Inggeris secara bahasa kedua. Apakah selepas ini, agama Kristian, Hindu, Buddha, Jain, Qadiani, Yahudi, Bahai, Kaballah dan Shinto akan diminta untuk dijadikan sebagai agama rasmi kedua Malaysia selepas Islam?


0 comments:
Post a Comment