Wednesday, December 8, 2010

ADUN KUAH DIRAWAT DI INSTITUT JANTUNG NEGARA

ADUN Kuah, Dato' Nawawi dilaporkan sedang dirawat di IJN akibat serangan jantung selepas Konvensyen BN. Nawawi yang sebelum itu dikatakan demam dan tidak menghadiri makan malam bersama-sama Perdana Menteri di kediaman rasmi PM, mengadu demam dan tidak sihat.

Ketika sedang berehat di lobi hotel, Nawawi dikatakan rebah di atas kerusi. Nawawi kemudiannya dikejarkan ke IJN oleh seorang rakannya dan ditahan di wad. Pemeriksaan menunjukkan Nawawi mendapat serangan pertama yang kurang serius.

Nawawi diketahui menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Namun ketika dihubungi, Nawawi menafikan laporan tersebut. Berikut adalah SMSnya kepada penulis.

"Itu khabar. Sebenarnya saya demam dah 3 hari tapi gagah mai pasai konvensyen BN. Tak makan 3 hari. No energy. Doktor check. Ingat ada apa-apa. Masuk mesin, tengok jantung okay. nampak video jantung pun elok."

2 comments:

santauangin said...

Kenalah kata sehat kalau tak takut pulak tak di calunkan oleh DSN pada PRU13 nanti. Tapi apa nak risau kalau kedah masih dlm genggaman PAS kerana ADUN atau MP Kedah tetap dapat elaun dan peruntukkan yg di berikan oleh Persekutuan. Jadi tidok lah lagi kesemua ADUN dan MP Kedah. Tidok sepuas puas nya nohhhhhhhh.

Anonymous said...

Bagitukah bunyi ayat-ayat message daripada seorang ADUN?. Tidak professional langsung. " Gagah mai jugak....." Tok sah dok gagah la kalau dah sakit...kata saja sakit dan tak larat nak buat kerja lagi....bagi la kat org muda yg lebih kederat dari saya" kan elok bubuh lagu tu..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template