Hanya lebih kurang 3000 (LAPORAN MALAYSIAKINI, 7000 ORANG, sebuah blog PAKATAN pula menyatakan 15,000 orang) orang Pakatan Rakyat yang mampu dihimpunkan di pekarangan Masjid Negara setelah DUA BULAN berkempen dan setelah para pemimpin utama Pakatan Rakyat, termasuklah Teresa Kok dan Ronnie Liu selain ayam sabungan patah taji PAS, Mat Sabu turun untuk sama-sama menyertai perarakan yang dikhabarkan boleh mencecah sehingga 30,000 orang.
Akhirnya GIMIK melanggar arahan polis sehingga ditembak gas pemedih mata terpaksa digunakan bagi mendapat skop promosi untuk mereka. Dan itulah yang berlaku di Bulatan Hishamuddin berhampiran Masjid Negara apabila para penunjuk perasaan Pakatan Rakyat enggan mematuhi arahan polis agar tidak berarak.
Dalam promosi yang memakan belanja lebih RM300,000 yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor, ternyata masih gagal menarik minat para penunjuk perasaan termasuklah dari kalangan pelajar-pelajar IPT.
Ternyata Pakatan Rakyat, khususnya PKR sudah kehilangan 'sentuhan ajaib' mereka untuk mengumpulkan crowd seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini. Atau barangkali juga kerana 'PIHAK BERKUASA PAS' tidak memberikan kerjasama dan turun sama seperti dalam Perarakan BERSIH tahun 2007 dahulu.
Sedar atau tidak sedar, Pakatan Rakyat tanpa PAS ibarat taik tanpa jamban, reban tanpa ayam. PKR semakin terbukti hanya menggunakan PAS untuk menunjukkan kekuatan mereka semata-mata. Apatah lagi dengan 'kebaikan hati' yang ditunjukkan oleh para pemimpin DAP sebenarnya bermotifkan penggunaan kekuatan yang terdapat di dalam PAS secara optima.
GAPS hanya ditubuhkan 3 hari lepas. Kempen yang dijalankan sekadar di dalam beberapa buah blog. Namun berjaya juga akhirnya mengumpulkan tenaga-tenaga muda yang prihatin terhadap kebajikan negeri Selangor. Biarpun jumlah pesertanya 'tidaklah seramai mana' namun akhirnya terbukti, masih ramai warga generasi muda yang sangat prihatin dengan kebajikan negeri mereka sendiri.
Malah demonstrasi GAPS juga nampaknya tidak disertai oleh para pemimpin besar apatah lagi Konvensyen Barisan Nasional sedang dijalankan di Wisma MCA, Jalan Ampang pada ketika demonstrasi tersebut diadakan.
Ternyata, antara Baju Hitam dan Baju Merah, wujud dua darjat yang sangat berbeza... satu, apabila disuruh bersurai dan perarakan mereka dihalang oleh polis, segera bersurai dan tidak menimbulkan kekecohan. Yang satu lagi, disuruh bersurai dan perarakan dihalang, segera merusuh dan akhirnya terpaksa menelan wasap gas pemedih mata...
Benar-benar DUA DARJAT YANG BERBEZA!!!
Cuepacs urges Govt to upgrade 50,000 civil servants under Grades G17, G22,
G26
-
KUALA LUMPUR: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil
Services (Cuepacs) wants the grades of about 50,000 civil servants in the
technic...
45 minutes ago


3 comments:
yg peliknya yg dok kena sembur tu bukan dr pihak kerajaan negeri yg berkuasa ke?? dah tak tau undang2 pe dorang nih,,,gila ke ape!!!Ooooo,,,lupa aku,,dorang nih nk wat isu sbnrnya,,,nak alaih tumpuan...kalau aku td jd fru,,nape tk kumpul air taik+air kahak+air kencing+air kumbahan,,sembur je kat depa tu haa,,,apa da hal!!!tp jgn la air ma**...huhuhu,,,
ha3..fru jugak yg untung stiap kali ade demo..dapat elaun..puak2 bengong kat luar sane yg nk tolong fru2 ni dpt duet lebih..silelah adakan lagi demo2 ni...hahahaha
polis lembut sangat...patutnye rembat je ngan chota tu...dah bg amaran masih degil lg....KDN wehhh wake up la buat keje....penganjur demo tu kasi saman sampai muflis...
Post a Comment