Bimbang dengan merudumnya reputasi PKR di kalangan peneroka FELDA, Anwar Ibrahim akan turun berkempen dan menghasut para peneroka untuk menyaman FELDA pada 17 Disember ini. Kempen dan hasutan tersebut akan dimulakan di Bera, Pahang.HARAKAH DAILY turut melaporkan majlis kempen dan hasutan tersebut akan dianjurkan oleh ANAK yang dipengerusikan oleh Mazlan Alimin. Turut menyertai majlis tersebut adalah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dilaporkan juga, 1000 orang peneroka yang ingin menyaman FELDA akan hadir dalam majlis tersebut. Menurut Mazlan Aliman, 5000 orang peneroka akan menyaman FELDA bagi mendapatkan wang tanam semula berjumlah lebih RM17,000 dan peningkatan pengredan perahan minyak daripada 18-19% menjadi 23%
Mazlan Alimin dalam usaha memartabatkan namanya selaku calon pilihanraya selepas tewas di tangan Menteri KPDNKK di Parlimen Bera, mengintai-ngintai peluang untuk meraih sokongan daripada para peneroka FELDA.
PKR melihat peluang untuk menang di kawasan yang bermajoriti warga FELDA, sekaligus menyebabkan mereka perlu bekerja keras memesongkan fikiran dan melakukan hasutan. Tidak ada cara lain, selain menurunkan jaguh penghasut, Anwar Ibrahim yang ketika berada di dalam kerajaan, gagal menjaga kebajikan warga Peneroka FELDA.
Penubuhan BAPAK oleh Kerajaan Persekutuan bagi menangani masalah peneroka dan pengurusan FELDA menyebabkan Mazlan Aliman perlu mencari alternatif untuk meneruskan dirinya ke hadapan dalam cubaan menjadi wakil rakyat pada PRU 13 nanti.
Pun begitu, tanpa ANAK, BAPAK tidak akan ditubuhkan. Walaupun kelihatan 'buruk' dan 'licik', namun setidak-tidaknya penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh pengurusan FELDA setempat, berjaya ditimbulkan, sekaligus membolehkan pihak atasan FELDA melakukan sesuatu untuk membersihkan FELDA daripada penghisap-penghisap darah yang bekerja makan gaji dengan FELDA tetapi pada masa yang sama, menggunakan kuasa mereka sewenang-wenangnya untuk menindas para peneroka.
Dalam majlis yang sama di Stadium Kajang, Alumni Kakitangan FELDA yang ditubuhkan beberapa bulan lalu telah menyerahkan 50 borang keahlian kepada Abdul Hadi Awang yang merasmikan majlis berkenaan. Dikatakan, bekas kakitangan FELDA itu akan membongkarkan penyelewengan di dalam FELDA yang 'dikumpulkan' sewaktu mereka masih berkhidmat lalu dan mereka sendiri 'DIPAKSA DAN TERPAKSA' mengikut kehendak serta arahan pihak tertentu untuk menindas peneroka FELDA.



2 comments:
TAK ADA KERJA LAIN IBLIS SEEKOR NI.MELAYU DAH LAH MISKIN DI PECAH PECAH KAN PEMIKIRAN MEREKA OLEH IBLIS YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI.DISINGAPURA BANGSA MAJORITINYA CINA TAK ADA PUN NAK BERPECAH,MEREKA PANDAI DAN UTUH BERSATU.PEMERENTAHAN MELAYU DIMANA PUN AKAN HANCUR SELAGI ADA IBLIS MACAM ANWAR.
OLANG-OLANG FELDA KENA TANYA SAMA ITU ANWAR IBRAHIM SAMA WAN AZIZAH ITU YAYASAN ANWAR THE FOUNDATION ITU KE APA ITU DI PERMATANG PAUH..ITU DUIT RATUSAN JUTA MALI DALI MANA???DARI LANGIT ADA JATUH KAH? WAAA ITU PUN DIA OLANG TALA TOLONG ITU MELAYU SASAH DI PERMATANG PAUH MAAA..ITU KETUA MENTERI PULAU PINANG PUN SUDAH RENIVATE DIA PUNYA RUMAH 1.8JUTA MAA. ITU RUMAH KERAJAAN DIA X MAU DUDUK. MANYAK PANDAI MAAA...
Post a Comment