Monday, December 6, 2010

APA SEBENARNYA MOTIF GERAKAN?

Ketua Pemuda GERAKAN, Lim Si Pin mencadangkan agar kesemua parti yang menjadi komponen di dalam Barisan Nasional dibubarkan, sebaliknya Barisan Nasional menjadi parti tunggal yang mewakili semua kaum di Malaysia bagi menggambarkan masyarakat majmuk dan progresif di negara ini.

Sekali imbas, cadangannya itu nampak sangat 'cantik' dan 'mulia'. Namun apabila diamat-amati, ternyata ianya merupakan salah satu daripada senjata yang digunakan sama ada untuk menutup kelemahan diri, mahupun untuk memantapkan lagi ugutan dan tekanan terhadap Barisan Nasional sendiri.

Umum mengetahui bahawa GERAKAN merupakan parti yang diberikan kemanjaan, perhatian dan kasih sayang yang keterlaluan oleh Barisan Nasional selepas kemasukannya ke dalam Barisan Nasional pada 1970. Biarpun bergerak sebagai antoganis di dalam Barisan Nasional dan diberikan kekuatan terutama di Pulau Pinang, GERAKAN sebenarnya tidak pernah berjaya mengembangkan pengaruh atau kekuatannya menerusi dasar parti terbuka, sebaliknya bertukar menjadi sebuah lagi parti Cina selepas MCA dan DAP.

Penglibatan kaum-kaum lain di dalam parti berkenaan, terlalu kecil malah mereka tidak pun mempunyai sebarang kuasa, termasuklah suara kuasa berbanding kaum majoriti yang terdapat di dalam parti berkenaan. Pastinya para pembaca masih ingat bagaimana seorang calon Naib Presiden berbangsa Melayu dilanyak dengan teruk dan akhirnya kalah sebelum berkempen dalam pemilihan pucuk pimpinan GERAKAN beberapa tahun lalu.

Mac 2008 menyaksikan GERAKAN lumpuh sepenuhnya, terutama sekali di Pulau Pinang. GERAKAN kehilangan hampir kesemua kerusi yang mereka bertanding. Dan bermula dari situ, suara-suara sumbang yang cuba menggunakan taktik DAP untuk meraih sokongan kaum Cina, kerap berkumandang.

Di sebalik ikrar mereka tidak memperjuangkan perkauman, perkauman jugalah yang dijadikan senjata untuk meraih populariti. Di sebalik seruan agar Barisan Nasional dan UMNO khasnya agar membuka pintu yang lebih liberal, mereka jugalah yang menjadi chauvanist tegar.

Secara logiknya, walau atas alasan agama sekalipun, pendekatan terus kepada kelompok-kelompok bangsa merupakan pendekatan yang paling efektif. Dek kerana itulah, sekalipun PAS memperjuangkan Islam dan seringkali mengatakan Melayu tidak semestinya Islam, kelompok yang menjadi sasaran tetap juga orang Melayu, hatta wakil rakyat PAS itu seorang yang berbangsa Cina Muslim.

Dan itu merupakan hikmah terhadap penciptaan manusia dalam pelbagai kaum, suku dan bangsa seperti mana yang difirmankan Allah Taala!

GERAKAN dilihat terlalu tersepit untuk mencari populariti dan merampas semula kerusi-kerusi yang mereka telah hilang sebelum ini. Di sebalik ketakutan bahawa kerusi-kerusi berkenaan akan diserahkan kepada parti-parti komponen lain, khususnya MCA, MIC dan PPP, GERAKAN cuba menjadi kumpulan pendesak yang menggunakan taktik ugutan dan tekanan agar mereka tidak dipinggirkan, sungguhpun prestasi parti tersebut dalam Pilihanraya Umum ke-12 lalu paling teruk dalam sejarah penubuhannya.

Cerita dacing berat sebelah, cerita UMNO terlalu dominan, cerita BN jadi satu parti, cerita biasiswa untuk semua golongan rakyat Malaysia, cerita itu dan cerita ini, akan terus didendangkan oleh GERAKAN dalam usaha untuk mendapatkan sokongan kaum Cina, khususnya DAP.

Persoalannya, antara DAP dan GERAKAN yang ditubuhkan pada sezaman, jarak dan jurang mereka bagaikan langit dengan bumi. DAP dilihat sudah berjaya mendoktrinkan rakyat Malaysia, khususnya dari kalangan orang Cina manakala GERAKAN masih lagi terkial-kial dalam usaha memastikan parti tersebut terus hidup.

Sudah ada cakap-cakap yang mengatakan, ada atau tidak ada GERAKAN dalam Barisan Nasional, sudah tidak penting lagi. Sekalipun lebih gah daripada Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), namun kedua-dua parti tersebut berkongsi dasar dan matlamat. Yang membezakan kedua-dua parti tersebut hanyalah, GERAKAN DIBERI PERHATIAN DAN PELUANG YANG JAUH LEBIH BESAR BERBANDING PPP, biarpun dari semasa ke semasa, GERAKAN semakin longlai dan hilang arah tujuan.

2 comments:

To Live Again on December 6, 2010 2:21 PM said...

GERAKAN ni msh mendengkan lagu sm je..Berselindung di sebalik retorik2 yg denganrnya begitu manis, sebebnarnya tajam seperti cuka.

Menubuhkan 1 entiti secara perlahan2 akan menghakis pengaruh umno dn seterusnya pengarush MELAYU/ISLAM!

Bro tlg linkkan blog sy.Sy ni br berjinak2 dgn dunia blog je..

http://jjohaizal.blogspot.com

Kamal Sanusi on December 6, 2010 4:50 PM said...

Dok aihhh... Gerakan ni komponen BN yg diterajui oleh parti melayu yg nama masih mengunakan bahasa penjajah. Tiada apa-apa motif aih... Depa musti tak mau nak menghakis pengaruh melayu punyaaaa..... Lagi pun pemimpin um-NO kan bergantung harapan kat puak imigran yg ada MyKad ni utk terus berkuasa sekalipun ahli bawah kata undi mereka tak perlu. Mana satu pun aku tak tau.

Apa kata Gerakan ni spesis pembangkang? Mampuih kena taji terutama yg hanya berani guna TANPA NAMA/URL saja.



Wakakakakakakaka.............

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template