Mulanya menyangkakan jumlah anggota polis dan trak mereka jauh lebih ramai daripada peserta GAPS memandangkan jumlah peserta GAPS sehingga pukul 11.00 pagi tidak lebih dari seratus orang.
Namun menjelang 11.30 pagi, lebih ramai yang muncul dan berdasarkan pemerhatian, sejumlah 400 orang berpakaian hitam, sudah pun berjemur di tengah panas sambil melaung-laungkan kata-kata semangat seperti 'Daulat Tuanku!', 'Selamatkan Melayu', 'Singkir Anwar', 'Hapuskan PKR' dan 'Hancurkan Khalid'.
Perarakan bagaimanapun tidak dibenarkan oleh polis. Dan polis memberikan tempoh sehingga pukul 12.00 tengah hari untuk para peserta bersurai. Ternyata, tepat pukul 12.00 tengah, para peserta GAPS akur dengan arahan polis dan para peserta pulang dengan sebungkus nasi lemak dan sebotol air mineral setengah liter.
Dengar ceritanya, puak Pakatan di Masjid Negara berjumlah lebih 15,000 orang dan sedang berperang dengan polis...
Betullah seperti yang didakwa oleh puak-puak Pakatan... memang wujud DUA DARJAT antara mereka dengan grup yang mesra UMNO.....


1 comments:
assalamua'laikum tfk,
begitulah penyokong pro-bn yg rata2 tidak gemar dgn keganasan. sekiranya kumpulan baju hitam ni puak pembangkang, sudah pasti lain pula tidakan mrk, spt yg tfk gambarkan di perkarangan masjid negara sana...&
sudah tentu penyokong2 pr akan mengambil kesempatan menempelak kumpulan baju hitam sbg pengecut, tidak berani mngambil risiko dsbgnya.
sebenarnya aku di depan tv ni pun mendoakan yg kumpulan pro-bn jgnlah terbabit dgn perarakan haram tuh! amaran sudah dikeluarkan. jgnlah undang2 dipersendakan.
biarkan saja puak2 pembangkang yg bengong tu bertindak membelakangi undang2 sebab mrk memang suka sgt jalan belakang!!!!!
dah macam tu ajaran punaisiat mrk sejak mula dipecat lagi. sikit2 demonstrasi, sikit2 demonstrasi! macam takde kerja lain! asyik gila berdemonstrasi, anak bini nak makan minum pun tak berapa cukup!
Post a Comment