Saman RM1 bilion: MB Terengganu salahkan Pas
KEMAMAN 10 Dis. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyalahkan kerajaan pimpinan Pas yang disifatkan cuai sehingga menyebabkan kerajaan negeri ketika ini terpaksa menanggung beban akibat disaman sebuah syarikat pembalakan.
Beliau berkata, akibat kecuaian kerajaan Terengganu di bawah pemerintahan Pas pada tahun 2003 berkaitan konsesi balak menyebabkan kerajaan negeri ketika ini terpaksa membayar tuntutan saman RM1 bilion kepada Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu) atas kecuaian berkaitan konsesi pembalakan.
Ahmad berkata, rakyat dan kerajaan negeri kini menjadi mangsa serta terpaksa menanggung kesalahan dan bebanan itu.
"Kita pula yang terpaksa menanggung kesalahan yang dilakukan orang lain (Pas) dan jika tuntutan ini berjaya, mahu tak mahu kita terpaksa bayar.
"Kita juga dukacita kerana sepatutnya kes sebegini tidak berlaku, namun apabila kes ini berlaku Pas tidak harus menuding jari pada orang lain pula," katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perasmian Program Rapat 1Malaysia di Kampung Pasir Gajah dekat sini hari ini.
Turut hadir pada majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Terengganu itu ialah isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud, Ketua Pengarah Jasa, Datuk Fuad Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.
Ahmad diminta mengulas laporan akhbar hari ini bahawa kerajaan negeri perlu membayar tuntutan saman RM1 bilion kepada syarikat pembalakan, Riyapadu disebabkan kecuaian dan mungkir janji kerajaan Terengganu pimpinan Pas pada tahun 2003.
Keputusan yang memihak kepada syarikat berkenaan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Terengganu, Datuk Abdul Rahim Muda dalam penghakiman pada 27 Oktober lalu.
Menurut Ahmad, pada masa sama, kes berkenaan memperlihatkan dengan jelas kepada rakyat bagaimana kesan yang berlaku apabila Pas yang tidak berpengalaman mentadbir negeri sehingga akhirnya disaman dalam jumlah yang cukup tinggi.
Terdahulu, Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau kesal dengan parti pembangkang yang hanya pandai bercakap apa saja tetapi tidak mempunyai pengalaman mentadbir negeri ini sehingga mengakibatkan bebanan lain yang terpaksa ditanggung kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah hari ini.
____________
1. Saman le PAS negeri, Presiden atas kecuaian..sebab direktor2 syarikat yg dah resign tapi trbabit dalam urusan dan tandatangan tetap diheret kemahkamah dan didakwa sama.
2. Minta tangguh macam Anwar, ngan alasan nak buat siasatan dalaman.
3. Minta tangguh pasal demam.
4. Minta tangguh pasal nak buat persetujuan ngan bekas kerajaan negeri.
5. Minta tangguh pasal bekas kerajaan negeri tak nak beri kerjasama.
6. Minta tangguh pasal bekas kerajaan negeri tak mahu dedahkan info.
Haaaaaaaaa...kabor mahkamah dikuasai oleh UMNO. Anwar selamba je main2kan hakim dan mahkamah negara..
Apa lagi guna ler tekanan politik pada PAS..suruh bayor ma ganti rugi. Tekan kabor atas kecuaian PAS merintah, rakyat trpaksa menanggung..wang rakyat terpaksa digunakan gitu saja. Ni lah yg akan berlaku dinegeri Selangor, Kedah, Penang..
Kalau bayor le jugak, memang 100% bangang..atau aku leh berprasangka buruk je le. Tengok Selangor..buat demo le, ambik tandatangan le, berarak jumpa Sultan dan yg dipertuan Agong..pasal tak mau bayar ma.
Tekankan!!! Apa sal rakyat kena bayor pasal kecuaian PAS???? Jgn anggap duit tu duit kerajaan, tapi DUIT RAKYAT!! 1 billion ma, macam2 leh dibuat..kalau bagi sejuta sorang dah dapat jadikan berapa ramai jutawan da..silap2 suku penduduk Terengganu.

Duit Rakyat tu...PAS patut diheret oleh rakyat utk dipertanggungjawabkan!!
-aa
-aa

0 comments:
Post a Comment