Friday, December 10, 2010

BARU LANTIK SATU MELAYU, HEBOH SUDAH DAP PARTI TERBUKA!!!!

Didominasi 99% Cina, perlantikan Azman Masri dalam Jawatankuasa Negeri DAP Selangor sebagai Ahli Yang Dilantik, dilihat lebih kepada propaganda yang DAP bukan chauvanist, komunis dan sosialis tegar seperti yang dikenali sebelum ini.

Azman Masri merupakan Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam.

DAP sama seperti GERAKAN, PPP dan PKR yang merupakan parti terbuka dan tidak berlandaskan perkauman, kononnya. Bagaimanapun, sama seperti GERAKAN, DAP adalah parti kaum Cina memandangkan jumlah mereka adalah majoriti dan kepimpinan utama parti berkenaan didominasi oleh pemimpin dari kalangan kaum berkenaan. Kalau ada Melayu atau India, kebanyakan daripada mereka adalah dilantik, bukannya dipilih. Apatah lagi DAP begitu memperjuangkan KETUANAN CINA di Malaysia mengatasi MCA yang terang-terang parti Cina.

Apa signifikan Azman Masri dalam Jawatankuasa Negeri Selangor, barangkali ramai yang dapat menduga. Apatah lagi, DAP sebenarnya tidak lagi menampilkan calon-calon pilihanraya berbangsa Melayu selepas tahun 1980-an.

Disebabkan itulah, DAP dengan bantuan PAS akan mempromosikan Azman Masri sebagai ikonik Melayu selain Tengku Abdul Aziz, Naib Pengerusi yang banyak mulut tetapi tidak ada kuasa, walaupun sehujung kuku di dalam DAP.

Atau barangkali juga Azman Masri akan bertanding dalam mana-mana kerusi DUN di Selangor agar apabila DAP menang dalam PRU 13 kelak, Azman Masri boleh dilantik sebagai Menteri Besar. Tambahan pula dalam kerajaan negeri Selangor sekarang, DAP lebih dominan. Dijangka PRU 13 nanti, PKR hanya mampu mempertahankan beberapa buah kerusi DUN Selangor sahaja memandangkan kemelut dan krisis kepercayaan terhadap parti Anwar Ibrahim itu.

1 comments:

anaklangkawi on December 10, 2010 9:44 PM said...

ahahah..selamat jadi balaci.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template