Itu kenyataan yang keluar dari ADUN Seri Delima, RSN Rayer berhubung desakan terhadap Kerajaan Kedah agar menaikkan pajakan ke atas Pulau Pinang. Pulau Pinang dan Seberang Prai telah dipajakkan oleh Sultan Kedah kepada British dengan kadar RM10,000 setahun pada tahun 1782.
Rujuk SINI NA...
Amacam Ostat Kita? Belum lagi buka mulut, belum lagi hantar rombongan, hulubalang-hulubalang Lim Guan Eng dah pun menyerang. Malah dengan sinis berkata, RM10,000 yang dibayar kepada Kedah selama ini, sewajarnya digunakan untuk membiayai rakyat.
Bukan itu sahaja, ADUN Komtar Ng Wei Aik dengan tegas menyatakan dia tidak mahu MENJADI RAKYAT KEDAH kerana Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai undang-undang tubuhnya sendiri.
Tak payah ulas panjang-panjang... suatu hari nanti, jikalau DAP terus berkuasa dan semakin kuat, mereka akan berusaha mengautonomikan Pulau Pinang seperti yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim dan akhirnya akan menggunakan alasan yang sama untuk keluar dari Malaysia pula.
Kepada penduduk Pulau Pinang, khususnya orang Melayu yang tidak mengaku susah, tetapi hidup meminta sedekah dan menjalar di atas jalan, tahniah diucapkan! Anda boleh terus bermimpi untuk terus hidup di bawah pelukan busuk Lim Guan Eng dan DAP chauvanist.


2 comments:
Ostat spt ahli2 PAS yg lain mana berani ngan org2 kapir..berani ngan org2 Islam yg brparti UMNO sahaja.
Ngan org2 Islam UMNO spt harimau tapi ngan org2 kapir spt tikus munduk...bukan ngan kapir DAP sahaja, tapi ngan kapir2 MCA juga kapir2 MIC. Selama ni mana pernah mereka bubuh MCA, DAP, MIC..
Sultan Kedah dan pihak istana kena mulakan kisah Pulau Pinang kembali ke pangkuan Kedah...
dh berpuluh tahun baru sedar elayu yang tidak mengaku susah, tetapi hidup meminta sedekah dan menjalar di atas jalan hahaha sape punye keje tu...
Post a Comment