Mempelajari ilmu agama merupakan fardu kifayah dan fardu ain kepada diri. Mempelajari ilmu agama juga merupakan satu tuntutan serta keperluan yang bukan sedikit, sama ada untuk melebarkan akal, mahupun memperbaiki amal. Namun ramai yang tidak sedar bahawa ada satu lagi keperluan tentang ilmu agama yang wajib kita titik beratkan, tetapi hal tersebut dipandang mudah dan adakalanya langsung tidak dihiraukan.
Ilmu agama mempunyai banyak cabang atau furu'. Bagaimanapun, setiap cabang pasti akan bertemu pada satu titik iaitu kalimah Thoiyibbah dan dengan menggunakan rujukan serta sumber yang sama, iaitu al Quran dan Al-Hadis. Dan ambilan tersebut akhirnya akan bersanadkan kepada para Sahabat r.a sebelum terhenti pada Rasulullah s.a.w.
Belajar bersanad bukan hanya menjadi 'rukun wajib' dalam persilatan bahkan ianya jauh lebih penting di dalam pembelajaran agama. Dek kerana itulah, guru-guru yang bertanggungjawab akan menerangkan sandaran dan sanad mereka, bagi membuktikan bahawa ajaran mereka bukannya baru muncul, bukannya berdasarkan hawa nafsu, bukan juga main cubit-cubit daripada al Quran dan al Hadis ikut suka hati.
Kebanyakan sekolah pondok masih lagi mengamalkan pengajian bersanad bagi membuktikan kelayakan mudir atau guru yang mengajar. Begitu juga dengan guru-guru tarikat dan tasauf yang tidak berinstitusi, perlu mempunyai sanad yang kukuh sebagai benchmark bahawa mereka bukanlah tergolong dari kalangan pemuja hawa nafsu atau mendapat ilham hasil bisikan syaitan dan Iblis seperti yang berlaku kepada Ayah Pin, Nordin Puteh dan ramai lagi.
Pun begitu, ada satu trend pengajian agama yang muncul iaitu mempelajari agama dari perhimpunan, ceramah dan kempen-kempen politik. Kalau dahulu, ramai yang mempelajari agama daripada penjual-penjual ubat di kaki lima, kini trend tersebut mengalami penaikan standard.
Ramai yang mempunyai sarjana, doktor falsafah mahupun yang menjadi cendekiawan Islam, namun terlalu ramai yang memperolehinya dari universiti-universiti termasuklah di universiti di negara-negara barat. Sanad mereka biasanya terputus pada Dekan atau Profesor mahupun Chancellor universiti terbabit biarpun selepas itu sandaran mereka masih lagi al Quran dan al Hadis.
Apa pentingnya belajar secara bersanad?
Pentingnya ialah supaya kita tidak bertaqlid dan taksub membuta tuli. Imam Al-Ghazali rahimahullah dalam menangani masalah ilmu kalam (ilmu filsafat Tauhid yang sifatnya adalah untuk berdebat dan meruntuhkan tembok keimanan) berkata, hendaklah seseorang memahiri ilmu kalam di dalam sebuah daerah, gunanya untuk membentengi daerah tersebut daripada diasak oleh ilmu kalam.
Anda tahu apa itu ilmu kalam? Ia seakan-akan ilmu usul-addin tetapi ianya jauh lebih ekstrim, sekalipun ilm usuluddin juga dianggap sebagai sebahagian daripada ilmu kalam. Ilmu kalam berbicara sekitar Sifat-Sifat Allah Taala sama ada mengikut manhaj Assyaariyyah atau pun Maturidiyyah mahupun gabungan kedua-duanya. Sekali pandang ianya tidak mempunyai kesan negatif bahkan ia dikatakan mampu menambahkan keimanan kepada Allah Taala. Namun yang akan merosakkan iman itu sendiri adalah perdebatan-perdebatan tentang Sifat-Sifat Allah Taala yang sebenarnya tidak terhad kepada 20 Sifat Wajib dan 20 Sifat Mustahil serta 1 Sifat Harus.
Ilmu kalam akhirnya akan bersanad kepada filsafat Yunani, Yahudi dan Nasrani, sedangkan Usuluddin akhirnya akan sampai ke perdu Rasulullah s.aw.
Islam dianugerahkan Allah Taala kepada manusia bagi membangkitkan perasaan cerdik dan berakal hamba-hamba-Nya. Dan menerusi Rasulullah s.a.w, Islam disebarkan dari zaman berzaman. Sanad Islam ini tidak pernah terputus-putus sungguhpun pelbagai tokoh muncul dari semasa ke semasa.
Dek kerana itulah, sebelum anda mengaji agama, periksa dahulu latar belakang guru anda. Tengok, sama ada sanad keilmuwannya kepada Rasulullah s.a.w atau Solafus-Soleh atau pun terhenti, tergantung di awang-awangan atau sekadar mengambil kitab orang lain untuk disyarahkan, sedangkan dia sendiri, hanyalah SEEKOR KAKATUA dan TIONG BATU.
Cuepacs urges Govt to upgrade 50,000 civil servants under Grades G17, G22,
G26
-
KUALA LUMPUR: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil
Services (Cuepacs) wants the grades of about 50,000 civil servants in the
technic...
46 minutes ago


0 comments:
Post a Comment