Saturday, December 11, 2010

BERUBAH SEKARANG... JAWABNYA, MAKIN BANYAKLAH DEMONSTRASI!!!!

Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua bakal diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas pada 18 hingga 19 Disember ini. Temanya adalah 'Berubah Sekarang'. (RUJUK HARAKAH DAILY)

Di sebalik seruan Najib Abdul Razak agar rakyat tidak terpengaruh dengan bujukan dan helah Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat pula terus menjanjikan bulan dan bintang kepada bakal pengundi mereka. Paling menarik apabila Pakatan Rakyat menjanjikan harapan baru kepada rakyat sebaik-baik sahaja Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Harapan baru jadah apa kalau Pakatan Rakyat sendiri tidak menjunjung keluhuran undang-undang. Apa yang mereka komenkan apabila Anwar Ibrahim sudah 27 kali menangguhkan kes perbicaran liwatnya dan berusaha seboleh-boleh mungkin untuk tidak dibicarakan sekalipun tuduhan yang dilemparkan kepadanya sangat mengaibkan.

Tidakkah para pemimpin Pakatan Rakyat sepakat bahawa tuduhan tersebut adalah fitnah dan konspirasi? Tidakkah penjelasan terhadap fitnah dan konspirasi berkenaan hanya dilakukan dalam blog dan media, bukannya di mahkamah? Mengapa perkara berkenaan tidak dibangkitkan langsung di mahkamah, sebaliknya yang sentiasa dibangkitkan adalah perkara-perkara remeh-temeh bagi membolehkan kes berkenaan ditangguhkan? Mengapa Anwar Ibrahim tidak bersungguh-sungguh pun untuk membuktikan bahawa harapan baru rakyat Malaysia terhadap sistem keadilan Malaysia boleh diperolehi menerusi contoh teladan dirinya?

Pakatan Rakyat juga akan mengubah taktik bagi menerangkan kebaikan dan kehebatan kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Tumpuan mereka sekarang adalah untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat lebih hebat daripada negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO-BN.

Sebenarnya, ramai yang menunggu-nunggu penjelasan tentang kejayaan Pakatan Rakyat yang mentadbir Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor didedahkan dan dibentangkan bagi membandingkan apa yang dikenali sebagai 'kejayaan' Pakatan Rakyat dengan apa yang telah diusahakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Begitu juga dengan kemasukan pemodal-pemodal dan pelabur-pelabur dengan menolak pembabitan MITI dan MIDA. Berapa banyak pula subsidi yang telah dikeluarkan oleh kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat bagi menyaingi kerajaan Barisan Nasional, atau mereka sekadar melalak tetapi tidak pernah berbuat apa-apa tentang subsidi mahupun mengurangkan kesusahan anak negeri.

Pastinya, ramai yang sedang menanti-nanti pendedahan Pakatan Rakyat tentang kejayaan pentadbiran mereka, termasuklah 11 bulan di Perak. Setakat yang dilihat sekarang hanyalah penerusan sikap haloba dan serakah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk menarik undi dan pengaruh. Contohnya menerusi pemberian wang ehsan di Pulau Pinang dan anugerah 999 tahun untuk tanah pajakan kepada keluarga bekas penyokong komunis.

Begitu juga di Selangor yang tidak satu pun manifesto pilihanraya mereka ditunaikan kecuali air percuma sebanyak 20 meter padu tetapi bil seterusnya perlu dibayar dengan harga mahal. Selain daripada air, PKR Selangor pimpinan Khalid Ibrahim terus bermain-main dengan retorik seperti tabung dana pendidikan dan warga tua yang entah di mana ia dibuat.

Maka, rancangan Pakatan Rakyat untuk mendedahkan kejayaan mereka, pasti akan disambut baik oleh rakyat Malaysia, khususnya yang berada di atas pagar atau sedikit-sedikit condong kepada Pakatan Rakyat....

3 comments:

Anonymous said...

Kalau begtu,Bertambah banyak lagilah BLACK MARIA yang akan digunakan PDRM untuk penganut PR !

blogenstarz on December 11, 2010 5:56 PM said...

Jangan dijolok sarang tebuan.Bila dah tak terkawal,biawak paya pun kena sengat...

Linkkan blog i bro
http://blogenstarz/blogspot.com

usin on December 11, 2010 6:40 PM said...

eerr... gonjol & goblok

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template