Monday, December 6, 2010

BILA ANWAR BELA DIRINYA...

Anwar menempelak Najib Abdul Razak kerana mengata-ngatanya. Kisah nepotisme dan kronisme dalam PKR yang disentuh oleh Najib Abdul Razak dalam ucapan ketika Konvensyen BN di Wisma MCA semalam, akhirnya berjaya membuka mulut Anwar Ibrahim untuk mengulas tentang hal berkenaan.

Berkata Anwar, isu 'keluarga dalam parti' tidak berbangkit memandangkan Najib juga berlatar belakangnya keluarga untuk naik dalam politik. Yang tidak disentuh oleh Anwar Ibrahim ialah, Najib Abdul Razak naik sebagai Menteri Besar pada usia 28 tahun tatkala Almarhum ayahnya, Tun Abdul Razak Dato' Hussin sudah pun tiada di dunia ini. Manakala kewujudan Hishamuddin Hussein dalam barisan kepimpinan negara pula, bukannya dilakukan oleh Najib Abdul Razak, sebaliknya pada zaman Tun Mahathir.

Mengapa pula Anwar tidak mempersoalkan tentang Khalid Samad dan Shahril Samad, yang sekalipun berlainan parti tetapi mereka kekal sebagai adik-beradik. Pemikiran Anwar Ibrahim sememangnya aneh, seaneh selera seksualnya juga!

Namun perbezaan paling ketara antara Najib Abdul Razak-Hishamuddin Hussein dengan Anwar Ibrahim and cronys ialah, Hishamuddin Hussein dilantik atas kapasiti dirinya, bukannya ditunjuk, dituding, diusik-usik sedikit sahaja mahupun ditunjukkan kepada khalayak ramai seperti Sammy Vellu menunjuk Palanivel sebagai penggantinya. Sedangkan Wan Azizah, Nurul Izzah dan Azmin Ali, kemenangan mereka di dalam pucuk pimpinan PKR kerana hubungan istimewa dengan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim boleh berdalih macam-macam tentang kronisme dan nepotisme dalam PKR terutama yang membabitkannya, tetapi Anwar Ibrahim tidak boleh mengelak daripada hakikat, PKR sedang runtuh kerana perasaan meluat yang teramat sangat ahli-ahli parti itu dengan gelagat Anwar Ibrahim sendiri. Yang tinggal dalam PKR sekarang adalah SYAITAN-SYAITAN BISU yang mengharapkan mereka menjadi calon untuk PRU 13.

Nak tengok merudum atau berkuburnya PKR, tunggulah selepas PRU 13 terutama sekiranya PKR gagal mengekalkan kemenangan atau lebih menang berbanding PRU 12. Ketika itu, akan berbondong-bondong para PELAKON dalam PKR keluar parti dan berselerak sama ada menyertai parti baru mahupun menjadi Bebas!

2 comments:

Wake UP! on December 6, 2010 11:46 PM said...

Bela apa bila memang jelas sewaktu dia menjadi Menteri Kewangan banyak yang diberikan kepada kroni-kroninya.

zethro said...

Setakat nak mempertikai kenyataan DSN dgn kaitan keluarga beliau dlm UMNO tidak membuktikan pon yg PKR itu sendiri mmg mengamalkan nepotism dan kronism. Mane yg lebih 'terang lg bersuluh' melakukan nepotism? Pakatan Keluarga anwaR ataupun UMNO? Keterlibatan ahli2 keluarga dlm kancah politik tidak menjadi kesalahan sekiranya mengikut perlembagaan dan struktur parti politik itu sendiri. Tetapi, andai terdapat monopoli keluarga bg jawatan2 penting dlm parti, parti tersebut tidak lg mengamalkan demokrasi dlm parti malah menidakkan hak2 ahli parti yg lain utk menyandang jawatan2 tersebut.

UMNO:
PM = Dato Seri Najib
Menteri Dalam Negeri = Hishamuddin

PKR:
De Facto Leader(official?)= Anwar
Presiden = Azizah
Timb. Presiden = Azmin
Naib Presiden = Nurul Izzah

Lu Pikir La Sendiri!!!

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template