
Semalam bukan main sombong lagi kedua-dua makhluk nih. Kononnya lebih 20,000 akan hadir di Masjid Negara untuk sama-sama berarak, melanggar arahan polis dan seterusnya menikmati keenakan air semburan FRU serta wasap gas pemedih mata.
Hari ini tidak sampai pun setengah daripada angka yang disebut. Mahu tidak mahu, portal-portal berita dan blog-blog Pakatan terpaksa menebalkan angka sehingga menjadi 15,000 orang walaupun hakikatnya jumlah yang datang tidak melebihi angka 3000 orang. Kempen lebih dari sebulan tentang demonstrasi berkenaan dengan penyaluran dana yang sangat banyak, juga nampaknya tidak lagi membuahkan hasil.
"100 mereka akan bertembung dengan 10,000 kita." Itu kata-kata yang dilahirkan oleh Chegu Bard dengan penuh bangga dan bongkak.
Malangnya, ia tidak menjadi kenyataan. Dengan kebenaran UNISEL terhadap para pelajar mereka, dengan pembabitan persatuan-persatuan pelajar seperti GAMIS, jumlah yang hadir tetap tidak memberangsangkan sekaligus memaksa Mat Sabu yang merancang untuk mengadakan demonstrasi BERSIH 2.0 akan berfikir panjang memandangkan modal dan pelaburan yang dikeluarkan, tidak mendatangkan hasil yang besar.
Tiada apa-apa lagi yang boleh dibanggakan. Pakatan khususnya PKR sudah kehilangan PUSH-FACTOR (seperti kata Husin Lempoyang) biarpun juak-juak yang masih mengharapkan LEBATNYA hujan duit daripada Anwar, tetap mengapung-apungkan jumlah dan membangga-banggakan kejayaan yang sebenarnya sangat mengaibkan jikalau dibandingkan dengan uar-uar serta belanja yang dikeluarkan, selain faktor masa berkempen dan turunnya pada pemimpin utama DAP Selangor.Boleh dikatakan warga Kuala Lumpur yang ingin ke pusat bandar, menyinga hari ini kerana kesesakan teruk, apatah lagi setelah pihak Pakatan memprovokasi polis dengan melanggar arahan agar tidak berarak di jalan raya.
"Saya kesal dengan sikap polis kerana tidak bersikap profesional." Itu kata-kata yang diluahkan oleh Khalid Ibrahim yang tidak basah atau terkena walau setitik pun air pancut FRU mahupun tertelan wasap gas pemedih mata.
"Kerajaan Persekutuan membelakangkan kepentingan rakyat Selangor." (Malaysiakini)
Dengan beralasankan Kerajaan Persekutuanlah, maka perhimpunan dan rusuhan hendak dimulakan di Masjid Negara dan KDYMM Yang Dipertuan Agong cuba dijadikan tumpuan, sekaligus menolak Ketuanan KDYMM Paduka Sultan Selangor di negeri baginda sendiri.
Apa-apa pun, biarpun terdapat kebanggaan bahawa wujudnya Cina dan India dalam demonstrasi di Masjid Negara, namun perlu juga diingat bahawa di belakang demonstrasi itu adalah Cina dan India DAP yang sangat takut kehilangan Selangor sekaligus menyekat aliran wang masuk ke kantung mereka.
Penyelewengan dan kelemahan mereka mentadbir Selangor, apatah lagi dengan terdedahnya tembelang pasir yang dicuri diseludup untuk dijual kepada Singapura, menjadikan demonstrasi melibatkan Melayu Pakatan sebagai alas selipar kepada DAP agar tindakan mereka tidak dipersoalkan.
Sampai bila Pakatan Rakyat di Selangor akan benar-benar bekerja untuk rakyat Selangor, bukannya sentiasa cuba menutup skandal dan penyelewengan mereka dengan mengakal-ngakalkan para pengikut mereka yang tidak cukup sel-sel otaknya?


5 comments:
sampai bila la melayu melayu ni sanggup menjadi selipar dan anjing DAP??? berapa kerat cina yg ikut demo ni jika di bandingkan ngan melayu???
peliwat tu bagi RM + nasi sebungkuih ka? buat penat ja..baik pi bawak anak bini jalan hujung minggu dari dok jadi BARUA dia dan cina-cina DAPig tu..
Kalau nak rasa apa tindakan POLIS seterusnya..... buatlah !
Ganas akan dibalas debgan ganas !
Cara diplomasi tidak berkesan !
bodo.
jalan pon nak diliwatnya.
menyusahkan orang
pemimpin/pengikut sama je. mcm org x bertamadun... :-(
Post a Comment