Selepas Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua Umum PKR dihentam sebab 'KETUANAN MELAYU', akhirnya keluarlah suara dari mulut Setiausaha Agung PKR iaitu Saifuddin Nasution.Tanpa mahu mengakui bahawa takrifan KETUANAN MELAYU 3A Serangkai itu adalah salah dan tidak tepat langsung, seperti biasa, Saifuddin Nasution terpaksa menggunakan helah biasa iaitu cuba melepaskan kesalahan kepada UMNO dan NGO-NGO yang menentang 3A Serangkai.
Dan akhirnya, setelah pusing sana, pusing sini, Saifuddin Nasution sendiri akhirnya memperakui KETUANAN MELAYU secara tidak langsung menerusi penjelasan tentang pendukungan Artikel 152 dan 153. Dengan sedikit 'penambahan' bahawa Pakatan Rakyat akan menjunjung apa yang telah termakhtub di dalam Perlembagaan Persekutuan sambil mengatakan PKR ingin menjadikan orang Melayu beriman dan boleh berdikari. (Malaysian Insider)
Padahal itulah juga bendanya yang digunakan oleh UMNO dan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang lain sebagai modal perjuangan mereka. Apa yang direformasikan oleh PKR dalam perjuangan membela orang Melayu? Nak bagi orang Melayu berdikari?
Selama ini tidakkah kerajaan menggalakkan orang Melayu berdikari? Bukankah bantuan yang diberikan oleh kerajaan sekarang bagaikan memberi batang pancing, bukannya memberi ikan seperti yang cuba didoktrinkan oleh PKR.
Sekejap nak suruh Melayu berdikari, sekejap kata, Melayu bukan tuan sebab hidup susah dan kerajaan tak bantu, sekejap itu sekejap ini... DEY MACHA SAIFUDDIN! CAKAP KASI BETUL-BETUL LA... JANGAN PUSING-PUSING LAAA...


2 comments:
Dia ni memang pencacai anu war tahap gaban. gila tak tentu pasal.. tau dey macha...
Orang Melayu 'asyik berbalah sesama sendiri, elok benar kalau mereka cermin muka sendiri, Insya-Allah, tahulah asal usul mereka.
Nampaknya kini Melayu berbalah, arah perjuangan kabur, masing-masing mengejar pangkat, nama dan kekayaan. Tok jahil, tok lebai, tok guru sama sahaja, sesetangahnya telinga pun tak berapa dengar, barangkali menunggu malikilmaut datang. Bertaubatlah.
Post a Comment