1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, December 7, 2010

DOA ORANG YANG DIZALIMI TIDAK TERHIJAB

Tuesday, December 7, 2010
Antara doa yang dimustajabkan Allah Taala adalah doa orang yang teraniaya dan dizalimi. Sama ada lambat atau cepat, doa tersebut, pasti Allah Taala tunaikan di dunia ini. Balasan bagi orang yang berbuat zalim, tidak hanya berbentuk fizikal, bahkan juga berbentuk emosi.

Apabila Saiful Bukhari Azlan, orang yang mendakwa Anwar Ibrahim meliwatnya bersumpah muhabalah, ramailah para penyokong Anwar Ibrahim yang mentertawakan dan menggelakkan anak muda pembancuh kopi bergaji mahal itu. Lebih mendukacitakan ialah prosedur sumpah itu pula yang dipertikaikan, bukannya isi kandungan sumpah tersebut dan kes yang cuba dibangkitkannya.

Perbicaraan Anwar Ibrahim meliwatnya sudah melewati 18 bulan dan menjadi antara perbicaraan terpanjang dan memakan masa paling lama di Malaysia kalau tidak pun di dunia. Perbicaraan sebenar masih belum berlaku sebaliknya selama 18 bulan, kerenah Anwar dan barisan peguambelanya hanyalah ingin menggugurkan kes berkenaan dari segi teknikal, bukannya dari segi fakta.

Lantaran itu, kesempatan menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah telah digunakan oleh Saiful untuk melakukan satu lagi sumpah muhabalah. Kali kedua sebenarnya, sedangkan orang yang kena tuduh pula, mencari pelbagai helah untuk tidak bersumpah laknat sama ada dengan kaedah tradisional mahupun dengan kaedah yang dianggap menepati syara' seperti yang diterangkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam usaha membela Anwar Ibrahim.

Antara lain yang terkandung di dalam muhabalah adalah sumpah laknat ke atas diri sendiri atau orang yang dituduhnya. Secara tidak langsung ia adalah sebuah permohonan atau doa kepada Allah Taala agar menurunkan bala dan kelaknatan, sama ada kepada orang yang bersumpah, mahupun kepada orang yang disumpah.

Dalam beberapa keterangan al Quran, Allah Taala memperingatkan tentang dosa dan kezaliman serta balasan azab yang Allah Taala turunkan kepada manusia yang zalim. Azab bala Allah Taala itu tidak hanya meliputi orang yang berdosa, sebaliknya diturunkan kepada seluruh penduduk.

Takutilah Allah Taala yang azab-Nya sangat keras!!!

Para penyokong Anwar Ibrahim sekali lagi melawak-lawakkan muhabalah Saiful di Makkah. Di dalam beberapa buah hadis, diterangkan tempat-tempat mustajab doa termasuklah di Hijr Ismail, di hadapan Kaabah dan di Raudhah Masjid Nabawi, selain di Masjidil Haram atau pun di Masjid Nabi.

Gelak tawa boleh berterusan namun azab Allah Taala adalah benar. Bagaimana sekiranya Allah Taala menurunkan bala bencana seperti yang dimuhabalahkan oleh Saiful? Tidakkah bala bencana tersebut bukan sahaja menimpa Anwar Ibrahim, sebaliknya kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak tahu pun macam mana hendak meliwat?

Mungkin keyakinan terhadap siksaan Allah Taala di dunia ini lagi, belum cukup memadai memandangkan tingkat-tingkat keyakinan berdasarkan Imam Al-Ghazali rahimahullah ada tiga macam:

(1) Keimanan orang-orang awam (Mubtadi): Golongan ini menggantungkan diri pada berita dan cerita orang lain. Mereka membenarkan cerita yang dikatakan oleh orang-orang yang mereka percayai. Perumpamaannya seperti ini, seandainya orang yang dipercayai itu mengatakan si fulan ada di dalam rumah, maka orang awam pun membenarkan apa yang didengarnya itu.

(2) Keimanan para ulama: Keimanan ini diperolehi oleh ulama dengan cara istinbath (penggalian kesimpulan daripada dalil dan bukti). Perumpamaanya seperti, dia mendengar suara si fulan di dalam sebuah rumah. Oleh kerana dia mendengar sendiri suara si fulan di dalam rumah, maka ulama itu menyimpulkan bahawa si fulan berada di dalam rumah.

(3) Iman dan keyakinan orang yang arif: Orang arif menyaksikan sendiri Al-Haq tanpa dihalangi oleh hijab. Perumpamaannya seperti, dia masuk ke dalam rumah dan melihat dengan mata kepalanya si fulan di dalam rumah.

Semoga kita semua dan negara ini tidak dilaknati Allah Taala sekalipun kezaliman dilakukan seseorang kepada seseorang yang bermuhabalah kerana sesungguhnya, kita tidak akan tertanggung beban azab daripada Allah Taala, walaupun sedikit, walaupun sekejap. Ujian-Nya kepada kita sahaja pun sudah cukup menyiksakan, apatah lagi azab-Nya!

4 comments:

Pakteh said...

Salam

Artikel yang menarik. Mohon untuk diletakkan di blog pakteh

T. Kasih

anaklangkawi said...

patut muka anwar makin gelap..
rupa2 saiful dah doa dpn kaabah..

CUCU TOK WAN said...

salam pak teh.

Dipersilakan tuan...

Anonymous said...

semoga ALLAH memberi hidayah dan kekuatan kepada tuan hj saiful atas keikhlasan memohon keadilan di makkatul mukarramah. beliau telah melaksanakan dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Kepada puak-puak yang mempertikai dan mempermainkan sumpahnya, ingin saya menasihati mereka agar kepambali kepangkal jalan. Taida satu pun hak kita diatas bumi ini. Hanaya manusia yang rakus dan buta mata hati sahaja akan buat sedemikian kerana gilakan jawatan dan pangkat walaupun terpaksa menggadaikan negara.

Blog Archive

Labels