Sekalipun hanya menjadi Setpol kepada Khalid Ibrahim, Faekah Husin sebenarnya lebih cenderung kepada menjadi Menteri Besar 'bersekutu' Selangor. Malah kalau dibandingkan dengan setpol-setpol Menteri Besar serta Ketua Menteri yang lain, Faekah merupakan yang paling menonjol dan tertonjol, sekaligus menjadikan setpol-setpol yang lain, hanya makan gaji buta dan tidak buat kerja keras seperti Faekah. Semenjak dilantik sebagai setpol Khalid, perlu diakui bahawa Faekah sangat menonjol. Lebih-lebih lagi permusuhannya dengan Khir Toyo. Menurut Faekah, terseretnya Khir Toyo ke muka pengadilan, hanyalah gimik dan helah politik semata-mata. Katanya lagi, terdapat banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Khir Toyo sepanjang dia menjadi Menteri Besar Selangor.
Seronok dengar dan membaca kenyataan yang keluar dari mulut Faekah. Dia tidak ubah seperti seorang ahli politik yang mendakwa sepanjang 50 tahun lebih UMNO-BN berkuasa, tidak ramai pemimpin-pemimpin dari parti berkenaan didakwa sedangkan mereka telah dengan sengaja, cuai, lalai dan tidak telus, membiakkan rasuah. (KERAJAAN RAKYAT)
Aisay... Faekah nampak yang 50 tahun tu saja.... yang 3 tahun, tidak pula dinyatakan. Sepanjang 3 tahun Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, kes-kes rasuah, penyelewengan, salahguna kepala surat dan menggunakan kuasa sewenang-wenangnya, selain kelemahan pentadbiran, tidak pula dinyatakan. Malah Faekah tidak pula menyuarakan pandangannya bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang melakukan perbuatan rasuah sepanjang 3 tahun itu, diheret ke muka pengadilan.
Berdasarkan kenyataan Faekah yang sebelum ini terjebak dalam majlis yang memalukan Tuanku Permaisuri Agong dalam Festival Lagu-Lagu Islam Antarabangsa tidak lama dahulu, ada besar kemungkinan Faekah akan menjadi saksi utama pendakwaan ke atas Khir Toyo bersama-sama bahan bukti yang boleh diperolehinya dari pejabat Menteri Besar.
Alangkah baiknya jikalau lebih ramai setpol yang bersikap seperti Faekah. Selain daripada menjadi kroni kepada Menteri Besar, Faekah juga mampu memburaikan nanah-nanah rasuah yang dilakukan oleh kepimpinan terdahulu.
Kepada Faekah... dalam pilihanraya umum akan datang, anda pasti akan menjadi calon PKR atau DAP. Kalau bukan di Sungai Panjang, pastinya di Ijok atau Parlimen Bandar Tun Razak... prestasi anda sudah dikagumi, bukan sahaja oleh para pengikut Pakatan Rakyat, tetapi juga para pengundi di sebelah UMNO-BN.
Teruskan kerja anda yang cemerlang itu!


0 comments:
Post a Comment